|
Post Last Edit by erusi2 at 1-11-2011 16:35
Reply 20# Sephiroth
Kamu ni kenalah berfikir sikit.
Saya katakan bahawa bible asal yang ada sekarang adalah hanya manuskript-manuskriptnya saja. Bible King James tu bukannya bible yang asal, sebab bible king James tu adalah hanya bible terjemahan daripada manuskript-manuskript bible itu. Sumbernya adalah manuskript-manuskript bible itu. Begitu juga dengan bible-bible versi yang lain. Semuanya bersumberkan manuskript-manuskript bible itu.
Jadi kalau saya ambil daripada manuskript bible, maka ungkapan yang saya ambil tu pun ada dalam bible King James, juga ada dalam bible versi-versi yang lain. Sebab sumber yang saya ambil adalah sumber yang sama dengan sumber yang semua versi bible itu ambil iaitu manuskript bible itu. So berfikir la sikit. Kenapa pula kamu katakan saya tidak ambil daripada bible King James jika apa yang aku ambil tu pun ada dalam bible King James? Tak faham ker??
Kalau manuskriptnya tulis A, maka dalam bible King James pun tulis A. Jika tulisan A itu saya ambil daripada manuskript, makanya tulisan yang saya ambil iaitu A itu adalah sama dengan tulisan yang terdapat dalam bible King James. Boleh faham tak keadaan ni?? So kenapa pula kamu katakan saya tak ambil daripada King James jika apa yang saya ambil dengan apa yang terkandung dalam bible King James itu adalah sama? So keadaan ini bukannya situasi di mana saya tak ambil ungkapan daripada bible King James, tetapi situasi ini bermakna sememangnya saya sedang ambil ungkapan daripada bible King James sebab ungkapan yang saya ambil juga terdapat dalam bible King James. Boleh faham ker tak???
Sila berfikir sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# louiektc
Kita bebas mengemukakan pendapat dan kepercayaan masing-masing. Saya percaya di Malaysia ini hampir keseluruhan melayu adalah masih Islam. Cumanya Lina Joy itu saja yang bukan Islam. Mungkin ada fakta lain yang saya tidak tahu. Jika ada yang mengetahuinya maka boleh dikongsikan bersama di sini. But mestilah fakta.
Terdapat juga beberapa kes yang boleh dibilang dengan jari yang mana muslim convert kepada agama lain. Tetapi jika kita lihat bangsanya adalah bukannya melayu, tetapi mereka adalah dari keluarga india muslim.
Tetapi saya lebih senang hati apabila melihat bangsa dari agama lain lebih banyak memasuki Islam jika dibangdingkan dengan bangsa melayu yang tukar daripada Islam. Contohnya India muslim pun dah ramai, begitu juga cina muslim. Kalau kat Ipoh ni pun adanya masjid India, yang mana ramai orang india muslim yang bersolat jumaat di situ. Khutbahnya pun dalam bahasa tamil. Malah ada juga daripada bangsa lain ini menjadi orang yang cerdik pandai dalam agama Islam. Contoh yang terkenal adalah Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Ridhwan Tee.
Tapi kalau kamu ingin mengatakan ramai melayu yang dah bukan Islam, then seperti saya katakan ianya pendapat masing-masing. Cumanya jika tiada fakta, maka pendapat itu hanya tinggal pendapat semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Sephiroth
Kamu ni kenalah berfikir sikit.
Saya katakan bahawa bible asal yang ada seka ...
erusi2 Post at 1-11-2011 16:31 Kristian mendirikan kepercayaan mereka berdasalkan Tuhan yang satu. bukannya mana-mana buku yang paling asli. Al-kitab, adalah berasal dari nafasan Tuhan melalui lebih dari 40 penulis yang berlatarbelakang amat berlainan. Ia memakan masa selama 1500 tahun disiapkan, dipelihara secara pelbagai salinan. Walaupun wujudnya perbezaan nombor nombor, sequence-sequence antara mereka tetapi maksud intinya tetap sama. Pelbagai rekod-rekod kuno telah terjumpa menjelang masa membolehkan usaha pemulihan isi kandungan al-kitab asal dapat diteruskan. Kerja itu belum siap lagi...itulah kita katakan relex, banyak lagi akan datang, bukan daripada orang orang kristian malah juga daripada para-muslim yang akan membuktikan ketulenan isi kandungan dalam al-kitab. |
|
|
|
|
|
|
|
by erusi2
Apa benda yg kamu merepak. Aku tanya kamu kenapa kamu tidak mengambil ungkapan dr K ...
Sephiroth Post at 1-11-2011 15:03
KJV adalah antara salah satu translasi yang menolong kita membaca dan memahami kandungan bible. Kalau nak baca bible aslinya, kita kena belajar pelbagai bahasa, termasuklah bahasa kuno yang telah pupus.
Old testament ditulis dalam bahasa hebrew kuno, bukan bahasa hebrew kini. Sebahagiannya juga dipelihara dalam bahasa aramaik, dan direkod secara bertulis kemudian.
New testament, bahasa penghatar masa Yesus adalah aramaik, dan rekodnya dalam bahasa yunani, kemudian latin. Lepas tu translate balik pula ke bahasa hebrew moden.
Seperti kita ketahui, bible itu adalah invitation letter daripada Tuhan, kalau difahami intinya, terjumpalah Tuhan. Kalau dapat buku asli tapi baca pun tidak faham apa itu Tuhan, elok carilah translasi lain dan restart sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# louiektc
Pernyataan kamu "Alkitab adalah berasal dari nafasan Tuhan". Sesuatu yang dari Tuhan pastinya tidak akan mengandungi sebarang kesalahan kerana Tuhan itu Maha Sempurna. Ini menjelaskan bible yang ada hari ini adalah bukannya alkitab yang berasal daripada nafasan Tuhan itu. Kerana bible hari ini tidak terhindar daripada sebarang kesalahan dan pengubahan. Justeru bible hari ini adalah bukannya alkitab yang berasal daripada nafasan Tuhan itu.
Kecualilah jika kamu dapat membuktikan bible yang ada pada kamu itu masih 100% bersih daripada sebarang pengubahan dan kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by louiektc at 2-11-2011 03:48
Reply louiektc
Pernyataan kamu "Alkitab adalah berasal dari nafasan Tuhan". Sesuatu yang dari Tuhan pastinya tidak akan mengandungi sebarang kesalahan kerana Tuhan itu Maha Sempurna. Ini menjelaskan bible yang ada hari ini adalah bukannya alkitab yang berasal daripada nafasan Tuhan itu. Kerana bible hari ini tidak terhindar daripada sebarang kesalahan dan pengubahan. Justeru bible hari ini adalah bukannya alkitab yang berasal daripada nafasan Tuhan itu.
Kecualilah jika kamu dapat membuktikan bible yang ada pada kamu itu masih 100% bersih daripada sebarang pengubahan dan kesalahan.erusi2 Post at 1-11-2011 21:28
Ketidaksempurnaan berpunca dari priskripsi manusia sejagat yang ketidakhadiran Tuhan dalam seisi hidupnya.
Aku bersetuju dengan Tuhan yang sempurna pasti tidak akan mengandungi sebarang kesalahan. Itu benar sekiranya saudara menimbangkan sesuatu keadaan dari segi pandangan Tuhan. Sebagai contoh, Tuhan yang sempurna telah mencipta alam yang penuh bencana, manusia seperti Adam yang pandai berdosa atas budibicara Tuhan yang tertentu. Adakah kerana hasilan itu menjejaskan kesempurnaan Tuhan. Tidak, kalau manusia hanya mampu memberi kesimpulan berasaskan pandangan atau andaian dari sudut manusia, sampai mana tidak akan manusia faham perspektif Tuhan.
Al-kitab sebagai nafas Tuhan telah memberitahu saudara benda-benda yang baik dan buruk tanpa pengubahan maksud intinya. Itulah kebenaran yang paling dashyat Tuhan ingin umatnya memahami sesuatu perkara"Kamu ini hanya Manusia, ciptaan Ku yang sempurna bagiKu (tapi tidak sempurna bagi Mu) dan inilah sistem kehidupan mu!".
Sudah benar, hanya Tuhan yang jalan yang benar dan lurus. Sebab ketidakhadiran Tuhan, manusia kian jauh dari ajaran Tuhan, sampai mencari-cari alasan supaya hanya dapat buku yang tulen baru puas hati. Adakah itu yang Tuhan inginkan?
Yesus sebagai contoh manusia yang penuh taat dengan Tuhan, dia tidak mengaku diri sebagai Tuhan kerana sebagaimanapun manusia tulen yang tidak berdosa seperti dia, manusia tu tetap manusia, bukan Tuhan.
Yesus juga tidak melakukan perkara ajaib atas kehendak sendiri, tidak membuktikan diri dengan membawa kuasa Tuhan, tetapi atas prinsip seizin dengan Tuhan. Maksudnya Yesus mengerjakan perkara-perkara seiras dengan perspektif Tuhan di dunia ini.
Semua ini berlaku sebab Yesus telah menunjukkan bagaimana dia mengisikan diri dengan nafasan Tuhan, maka hanyalah Yesus tahu perkara perkara di syurga, tanda-tanda sebelum kiamat dan datang lagi membicarakan manusia baik buruk yang tidak terdapat di nabi nabi lain.
Sekiranya kamu mengenal Aku, pasti kamu juga mengenal Bapa-Ku. Sekarang ini kamu mengenal Dia dan kamu telah melihat Dia." |
Bagi kristian, isinya bukan bicara perkara ketulenan buku, tetapi siapakah Yesus dan kenapa Yesus itu penting sangat. Ayat ini dari petikan saudara menerangkan kata-kata Yesus dengan jelas sekali "Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku." samada taat kepada kenabiannya, sebagai rasulnya, tetap kena taat kepada kata-katanya yang membawa nafasan Tuhan.
Seperti juga bagi saudara buddist sini. Isinya bukan dalam buku, tetapi lebih memahamani tujuan setiap benda yang wujud. Salah satu contohnya, setitik air yang masuk dalam laut, masihkan air itu setitik? Kalau roh Tuhan bersentap dalam tubuh Yesus, Itu masih Yesuskah? |
|
|
|
|
|
|
|
by louiektc
Seperti kita ketahui, bible itu adalah invitation letter daripada Tuhan, kalau difahami intinya, terjumpalah Tuhan. Kalau dapat buku asli tapi baca pun tidak faham apa itu Tuhan, elok carilah translasi lain dan restart sekali lagi.
Saya rasa kamu dan erusi2 ini adalah orang (Muslim) yg sama. Kamu adalah multinick yg log-in secara bergilir dan cuba merosakan agama Kristian dgn kononnya berbincang. Sebab itu apa yg aku tanyakan kpd louiektc, dia menjawab dan apa yg aku tanyakan kpd kau, erusi2 pula yg menjawab. Sesuatu yg harus diteliti oleh Supermoderator baru kita, ITUPUN kalau dia mampu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
by louiektc
Saya rasa kamu dan erusi2 ini adalah orang (Muslim) yg sama. Kamu adalah multinic ...
Sephiroth Post at 2-11-2011 08:36
saudara erusi ni bijak..tak macam ku kadang kadang lembik sikit. tak apa, boleh minta tolong supermod berikan ip ku.. |
|
|
|
|
|
|
|
saudara erusi ni bijak..tak macam ku kadang kadang lembik sikit. tak apa, boleh minta tolong sup ...
louiektc Post at 2-11-2011 11:50
Bijak apa? Kedua2 kamu macam bodoh piang je. Kamu jawab dia punya soalan dan dia pula jawab persoalan yg diutarakan kpd kamu. Seolah2 kamu berdua menganggap kamu boleh lari dr tanggungjawab dr apa yg kamu katakan itu. Samada kamu multi-nick ke ataupun seseorang yg menganggap boleh menperbodohkan orang lain dgn helah sedemikian, kamu kena ingat satu benda, KAMU AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DGN SETIAP PERBUATAN KAMU ITU. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# louiektc
Saya melihat kamu hanya membuat pernyataan, bukannya membuktikan pernyataan. Contohnya kamu merasakan bible itu sempurna, namun tidak mampu menafikan ketidaksempurnaan bible yang telah dipaparkan kepada umum.
Al-kitab sebagai nafas Tuhan telah memberitahu saudara benda-benda yang baik dan buruk tanpa pengubahan maksud intinya.
No. Jika bible itu sudah tidak dapat kamu nafikan telah mengalami pengubahan, makanya ianya juga memberi kesan ke atas maksud inti di dalam bible itu. Bagaimana kamu pasti dan mengesahkan bahawa inti bible itu juga tidak mengalami pengubahan seperti ayat-ayatnya? Tiada cara untuk memastikan dan mengesahkan perkara tersebut, kecualilah jika kamu mengemukakan alkitab dari nafasan Tuhan itu dan membandingkan intinya dengan bible yang ada pada kamu itu.
Justeru itulah selagi bible yang ada pada kamu itu tidak dapat kamu buktikan ianya masih 100% tulen dan tidak mengalami pengubahan, maka selagi itulah setiap yang ada di dalamnya itu berada dalam status tiada kepastian dan meragukan.
Di dalam perkara keimanan, kita harus berpegang pada yang pasti. Permasalahan bible ini bukan berpunca pada ketiadaan buku tulen, tetapi ianya berpunca kepada permasalahan-permasalahan yang ditemukan dalam ayat-ayatnya. Permasalahan ini membawa kepada tuntutan kepada buku tulen untuk menyemak kesalahan-kesalahan lain dan juga untuk mengesahkan kebenaran yang masih ada di dalamnya jika kebenaran itu masih wujud dalan bible. Kenapa ini perlu dilakukan? Untuk kepastian. Kerana seperti saya katakan perkara keimanan, bukanlah suatu perkara yang kecil. Justeru ia harus berpegang pada yang pasti. Ini kerana perkara keimanan akan mempengaruhi kehidupan kita semua di alam abadi kelak. Jika disebabkan kehidupan di dunia inipun kita mencari untuk berpegang pada sesuatu yang benar-benar mempunyai jaminan, dan mengelakkan berpegang pada sesuatu yang berisiko, makanya seharusnya usaha kita untuk mencari kepastian adalah berlipat kali ganda daripada itu untuk kehidupan di alam abadi kelak.
Bagi saya, bukan hanya Jesus yang tidak berdosa, tetapi semua para Rasul besar yang diutuskan Tuhan adalah merupakan golongan yang terpelihara daripada dosa. Tiada keistimewaan Jesus dalam hal ini jika dibandingkan dengan para Rasul besar yang lain.
Juga pada padangan saya Jesus tidak mengerjakan perkara-perkara seiras dengan perspektif Tuhan di dunia ini. Ini kerana tanpa izin Tuhan, Jesus tidak mampu melakukan apa-apa pun. Justeru kerja perspektif Tuhan itu bukan dilakukan oleh Jesus, tetapi sebenarnya dlakukan oleh Tuhan sendiri. Jika hanya perkara-perkara di syurga, tanda-tanda kiamat dan sebagainya bukan hanya Jesus, tetapi Nabi Muhammad pun mempunyai pengetahuan sebegitu. Bacalah hadis-hadis nabi yang menceritakan keadaan-keadaan syurga, tanda-tanda kiamat kecil dan kiamat besar. Pengetahuan tersebut menjadi pengetahuan biasa dalam Islam.
Untuk mengenal Jesus, kamu harus berpandukan kepada sesuatu. Jika tanpa sebarang rujukan, bagaimana kamu dapat mengenal Jesus dengan pasti? Bagaimana kamu dapat mengetahui dengan pasti apa yang diperkatakan olehnya? Bagaimana kamu dapat mengetahui dengan pasti apa yang diajarkannya?
Seperti kata kamu " tetap kena taat kepada kata-katanya yang membawa nafasan Tuhan", then kamu harus merujuk kepada nafasan Tuhan itu untuk kamu mengetahui apa kata-katanya untuk kamu taati. Namun apa yang pasti adalah kamu tidak mampu membuktikan bible kamu itu adalah nafasan Tuhan yang dibawa oleh kata-kata Jesus. Justeru bagaimana kamu dapat mengenal dengan pasti kata-kata Jesus itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# Sephiroth
Saya rasa kamu dan erusi2 ini adalah orang (Muslim) yg sama. Kamu adalah multinick yg log-in secara bergilir dan cuba merosakan agama Kristian dgn kononnya berbincang. Sebab itu apa yg aku tanyakan kpd louiektc, dia menjawab dan apa yg aku tanyakan kpd kau, erusi2 pula yg menjawab. Sesuatu yg harus diteliti oleh Supermoderator baru kita, ITUPUN kalau dia mampu lah.
Satu lawak antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Sephiroth
Satu lawak antarabangsa.
erusi2 Post at 3-11-2011 00:10
Lawak antarabangsa adalah kamu dan dia cuba nak menperbodohkan semua orang (termasuk Tuhan) dgn menganggap kamu menjawab soalan yg diutarakan kpd dia (dan vice versa) boleh menyebabkan kamu lari dr tanggungjawab. Nampak sangatlah kamu suka sangat berkongsi neraka dgn dia nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# Sephiroth
Pernyataan bahawa saya dan louiektc adalah orang yang sama adalah satu pernyataan yang paling bodoh yang pernah saya jumpa sepanjang saya berada di forum ni. So clear yang si hindu ni hanya mengeluarkan pernyataan tanpa berlandaskan apa-apa. Sebab itulah bagi saya ianya lawak antarabangsa. Sepatutnya kamu pergi la tanya si Mod tu dulu, adakah IP saya dan IP louiektc itu sama. Jangan buat pernyataan secara buta tuli. Berfikir la sikit sebelum bertindak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# erusi2
bro .. apa macam ? dah kahwin 4 ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
guys and gals,
This is suppose to be an announcement thread. But it instead it became a chaotic thread. this thread is closed and the main actor is banned. |
|
|
|
|
|
|
| |
|