View: 96|Reply: 0
|
Tiada tekanan buat Jacqueline
[Copy link]
|
|
MEMEGANG gelaran juara bowling remaja dunia tidak memberikan tekanan buat Jacqueline Jenelee Sijore untuk beraksi dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA Indonesia, bermula 11-22 November ini.\rTidak ada bezanya apabila saya turun selaku juara dunia sekalipun. Cuma mungkin sedikit berbeza ialah cara orang melihat terutama dengan usia saya yang masih muda, kata pemain elit yang masih berusia 19 tahun itu.\r\n\n\n\n\r Membawa pingat emas tunggal negara dalam acara perseorangan pada Kejohanan Dunia Wanita (WWC 2011) di Hong Kong bulan lalu, atlit kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, saingan lawan terutama Singapura dan Indonesia dijangka mampu menjadi penghalang.\r\r\n\n\n\n\n Dalam bowling, bola itu juga bulat, jadi apa pun boleh berlaku tetapi saya berharap tuah menyebelahi saya nanti, kata pelajar tahun pertama jurusan Kejuruteraan Kimia Kolej Universiti Sunway itu.\rMeskipun pernah beraksi di Pusat Boling Jaya Ancol, Jacqueline berkata, dia agak bimbang dengan corak minyak yang akan diguna pakai pada temasya itu nanti kerana tidak biasa dengan corak sedemikian.\rKatanya, skuad bowling negara sudah menjalani latihan sejak awal bulan ini dengan menggunakan corak yang bakal dipertandingkan dan berharap, pemergian seminggu lebih awal dapat memberi kelebihan buat skuad negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|