View: 172|Reply: 0
|
Indonesia ancaman baru kita
[Copy link]
|
|
Thailand bukan lagi satu-satunya penghalang: PrawetKETIKA skuad sepak takraw negara masih terkial-kial lagi merumuskan formula terbaik untuk meruntuhkan kekuatan Thailand, anak buah Jamaluddin Hassan bakal berdepan ancaman baru di Sukan SEA XXVI, bulan depan.\rTuan rumah temasya dwitahunan itu, Indonesia dilihat sebagai ancaman baru itu sesudah trio mereka membuktikan kehebatan apabila dua kali memalukan regu elit negara di suku akhir Siri Super ISTAF dan Piala Raja Thai bulan lalu. \r\n\n\n\n\r Perunding skuad sepak takraw negara, Prawet Intar (kanan) mengakui kekalahan itu memberi mesej jelas bahawa skuad negara tidak boleh memandang remeh keupayaan tuan rumah itu, apalagi mereka memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.\r\r\n\n\n\n\n Boleh dikatakan kita kini bukan saja perlu merumuskan cara terbaik menewaskan Thailand tetapi juga perlu bersedia menghadapi ancaman dari Indonesia. Keupayaan mereka tidak boleh diketepikan begitu saja, katanya.\rPrawet bagaimanapun yakin selepas latihan fasa terakhir, 10 hingga 27 Oktober di Lumut, Perak yang memberi penekanan menguatkan mental dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti, skuad negara mampu menghadapi Indonesia, sekali gus menggegar pada temasya itu.\rSebenarnya, masalah utama yang dihadapi skuad negara ialah tekong yang tidak mampu melakukan servis secara konsisten dan mampu membutirkan mata. Jadi, kita sudah memberi tumpuan dan berusaha mengatasinya, katanya.\rDifahamkan, senarai 12 pemain yang akan menyarung jersi negara pada temasya dwitahunan itu sudah diputuskan barisan jurulatih dan dijangka diumumkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) hari ini sebelum kontinjen memasuki kem persiapan fasa terakhir minggu depan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|