View: 67|Reply: 0
|
Cub Prix: Hafizh laung amaran awal
[Copy link]
|
|
HAFIZH Syahrin Abdullah melaung amaran awal untuk meraih kemenangan keduanya musim ini apabila muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia-PETRONAS 2011 di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.\rPenunggang PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu yang muncul juara di Kluang (Pusingan 7) bulan lalu, mencatat 49.624 saat untuk mengatasi Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) yang mencatat 49.829s dan \r\n\n\n\nElly Idzlianizar Ilias (Global Bike Rock Oil Racing) 49.839s.\r\r Masih segar dengan prestasi cemerlang kategori Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia di Sepang minggu lalu, Hafizh berkata: Catatan ketika sesi ujian masa hari ini cukup memuaskan berbanding dengan catatan sesi latihan bebas pertama (50.072s) dan kedua (49.853s). \r\n\n\n\n\n\rIni banyak dibantu perubahan terhadap pelarasan jentera sebelum memulakan sesi ujian masa hari ini (semalam). Mungkin kami akan melakukan sedikit perubahan lagi esok (hari ini) untuk satu sesi latihan sebelum menghadapi sesi Superpole, kata Hafizh yang akan menjadi penunggang terakhir esok.\rMenurut penunggang 17 tahun itu, dia bertekad mengekalkan kejuaraan yang dimenangi di litar yang sama untuk mengejar kedudukan pendahulu yang kini dipegang selesa penunggang Harian Metro TEQ SCK Honda, Norizman Ismail.\rJika jurang mata semakin hampir, saya akan berusaha untuk terus menang pada pusingan akan datang bagi mengekalkan gelaran juara keseluruhan, kata juara CP130 musim 2010 itu.\rDalam kategori CP115, Mohd Fitri Ashraf Razali menebus kesilapan musim lalu apabila muncul pelumba terpantas dengan masa 51.072s, mengatasi Mohd Farid Ahmad (Global Bike Rock Oil Racing) yang mencatat 51.195s dan Mohd Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang), 51.378s.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|