CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2247|Reply: 5

gajah VS kuman

[Copy link]
Post time 3-11-2011 04:27 PM | Show all posts |Read mode
secara umumnya,kalau d lihat pd sejarah purba kita dapati bhw teknologi yg kita ada sudah pun ada zaman tsbt.
apa yg kita skrg namakan sbg teknologi,tamadun,futuristik dsbnya sbnrnya tidak lebih dari 'repetition' atau pengulangan saja. dalam bod ini saja pon kita boleh lihat banyak sekali bukti yg menunjukkan ke arah itu.

terkadang kita mngkin merasakan bhw mereka yg mencipta sesuatu itu baik yg bersifat fizikal atau tidak spt teori,law,konsep dsbnya ....dan mengatakan bhw merekalah yg pertama menciptanya sbnrnya hanyalah  'mencedok' atau menginovasi kan sahaja.
dgn kata lain....kita pun boleh jadi spt mereka. bahkan sesiapa sahaja pun manusia baik d mana saja berada pon boleh jadi spt mereka jika KITA TAHU APA YG MEREKA TAHU.

persoalannya d sini, dari manakah mereka tahu?? tentu dr SUMBER2 tertentu bukan? sbb itu kita sering dgr bhw buku,kitab,manuskrip kepunyaan sesebuah bangsa,negara dsbnya berada pd tgn bangsa dan negara lain...tujuannya ialah supaya dapat mencedok atau menimba ilmu yg mereka tidak ketahui. bila sesuatu negara dijarah...maka segala SUMBER ilmu yg ada pd negara tersebut d angkut pulang kenegara asal si penjarah tersebut. secara simplistik boleh lah kita katakan bahawa untuk KITA TAHU APA YG MEREKA TIDAK TAHU ialah dgn membaca segala SUMBER ilmu yg telah dijarah tersebut! membaca d sini bermaksud mencari ilmu.

namun d sini,ada sedikit ketidakadilannya. tidak adil dlm erti kata,kpd bangsa dan negara yg tidak ada atau sudah terlepas SUMBER2 ilmu ini maka mereka tidak akan sampai bila2 menjadi bangsa pencipta atau bangsa yg pertama ( 1malaysia? itu kita boleh ..haha ). barang d ingat, premis/teori saya d sini ialah ...ciptaan masa kini adalah hasil cedokan dari SUMBER ilmu zaman purba/silam. ciptaan zaman kita cuma pengulangan saja kpd apa yg sudah ada d zaman silam. mmndgkan kita tidak ada SUMBER tersebut, maka kita tidak akan jadi bangsa pencipta. ini tidak adil bukan? bukankah Allah Maha Adil kepada makhluk ciptaannya? ( relax...bertenang...)

jika kita lihat bangsa pencipta d dunia skrg, mereka mmg mmpunyai SUMBER yg amat komprehensif. itu yg mereka dedahkan d perpustakaan atau d website mereka.  bagaimana pula yg tidak d dedahkan? sudah tentu ada bukan. yg d dedahkan kan pun kita rasa sudah cukup takjub apatah lagi yg samar2 atau yg tidak d dedahkan langsung. tentu double takjub.

point sy d sini ialah ..untuk KITA TAHU APA YG MERA TIDAK TAHU..kita perlu

1) melihat kpd zaman purba/silam (sejarah)
2)memiliki SUMBER ilmu
3) ILMU

kita boleh dpt yg No (1) tetapi sangkut yg No. (2) sbb sumber kita terhad. hatta, nak kenal bangsa Melayu pun kita kena kaji dr sumber mat salleh dsb..apatah lah pula bnda lain.
apakah itu no (3) ? apa bezanya ILMU dan SUMBER ilmu??

ini cuma terma yg saya sendiri coin kan. utk saya lebih faham dan anda lebih jelas. SUMBER ilmu bermaksud segala macam kitab,buku, manuskrip,penulisan,batu bersurat dan segala mak nenek lagi sumber yg d tinggalkan oleh nenek moyang kita d zaman silam...yg sebahagian besarnya berada d tgn sesebuah bangsa,negara dan individu dan hanya sebahagian kecil berada d tgn org awam. SUMBER ini lah yg menjadikan mereka lebih berkuasa,lebih kaya,lebih besar jajahan,lebih besar georgrafinya dan lebih besar segalanya dr yg sebahagiannya. tapi..itulah hakikatnya. sbb org mengetahui tidak sama dgn org yg tidak mengetahui.

tapi benarkah ketidakadilan telah berlaku d sini?? pd hemat saya, KETIDAKADILAN dalam hal yg kita bincangkan tidak pernah berlaku. sbb kita ada ILMU. dgn ILMU yg kita ada ,maka kita sbnrnya bukan stkt berdiri sama tinggi dr mereka yg cuma ada SUMBER ilmu bahkan kita lebih tinggi dr itu. apakah yg saya maksud kan dgn ILMU tersebut?

mngkin ada yg sudah dapat mengagak. ILMU yg saya mksudkan itu ialah Al-Quran dan Al-Hadis. ini lah 'sumber' ILMU yg sbnrnya. ianya adalah open resource. terbuka utk d teroka oleh islam atau bkn islam. berlakulah peperangan atau penjarahan yg mcm mana pun....AlQuran tetap terpelihara.

jika berbalik kpd teori saya dlm penciptaan dan pencedokan..kita akan dapati bahawa AlQuran menceritakan tentang perkara2 silam. SUMBER ilmu yg d jarah juga adalah tentang zaman silam. AQ juga menceritakan ttg segala mcm teknologi,sains,ekonomi,perniagaan,penciptaan dsbnya ...justeru, jika kita tak dapat SUMBER ilmu, kita tetap ada ILMU iaitu AlQuran dan AlHadis. oleh itu, keadilan sudah berlaku d sini. tidak cukup dgn itu,AQ bkn setakat memberi ilmu zaman silam...tetapi juga ilmu zaman akan datang. d sinilah kelebihan AQ yg paling ketara. apa maksud saya?

mksud saya ialah brdasarkan SUMBER ilmu zaman silam, seseorg boleh mencipta 'pengulangan' ..ilmu dr AQ juga boleh. tetapi SUMBER ilmu tidak boleh mencipta 'masa depan' ..tetapi ilmu dr AQ bole!


akhir kata, ayuh lah kita membaca TAFSIRAN AQ dan AH sebagai rutin harian kita. kita pasti akan mendapat ilham tertentu ttg sesuatu perkara. dan ilham yg kita dapat itu kita niatkan utk membangun agama bangsa dan negara kita. dgn kata lain, pintu kejayaan sebesar gajah  ada d depan mata kita sahaja,dalam rumah kita ,dalam bilik kita,dalam rak buku kita...iaitu AQ... tetapi kita x nampak.kita lebih nampak kuman d seberang...sudah lah halus...ramai pulak yg ingin memilikinya..namun belum tahu tepat @ tidak.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 1# JFK

Conclusionnye, in short ape? pale aku pening bace yg panjang2 ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2011 05:00 PM | Show all posts
arguably,konklusi aku ialah ...

1) mmg benar, SEJARAH boleh menjadikan sesuatu bangsa dan negara itu LEBIH dr yg lain. sbb itu kita tgk negara yg concern ttg sejarah, preserve building,ruins etc..adalah lebih ke depan dr yg lain..

2) mmpunyai SUMBER ilmu zaman silam mnjadikan kita bangsa pencipta . tetapi setakat mencipta sesuatu yg sudah wujud atau yg sudah d ulang tayang (nenek moyang kita dah lihat pon). dgn kata lain sbg 'the repetitive creator' . tetapi d zaman komersil skrg ini, ini sudah memadai.

3) ada byk lagi bnda yg belum d 'ulang tayang' yg belum lahir tp sudah wujud. tak ramai yg tumpu bab ini. tp percayalah..ramai yg sdg kaji..kaji apa? bukan SUMBER ilmu zaman silam..sbb itu sudah silam/outdated ..tp kaji AQ dan AH. mereka terdiri dr bkn Islam dan Islam.

*** sbg tambahan, apa yg hebat era kita ini?? kita mmg poka (pakar) dalam mengkomersialkan sesuatu. kita tahu bnda ini,cuma kita tak berapa sedar. kita berada d kemuncak ZAMAN KOMERSIL. org zaman kita amat bijak mengkomersilkan sesuatu yg bukanpun ciptaannya. dgn kata lain...apa susah2 nk pkir siapa nak cipta itu ini...sbb itu kita sdri pon x sedar sgt bab cedok mencedok ini...kalaupun kita sedar...anggapan kita lebih kpd...siapa cepat hebahkan...maka itu dia punya lah. ingat alexander graham bell? ingat thomas edison (bkn edison chen haha)? mereka ini yg cepat hebahkan kajian mereka..atau dlm bhs kita...cepat komersilkan. so dorg lah dpt nama sbg yg First.

bila aku sebut 'zaman kita'...bkn bermksud tahun 2011 saja..atau negara kita sahaja..tp yg d mksudkan dgn zaman kita ialah bila mana kita mula kenal perkataan MODEN. itulah zaman kita. zaman kemuncak COPYCAT dan zaman kemuncak KOMERSIALISASI .
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 05:04 PM | Show all posts
Ingat ada bideo@pic Gajah vs Kuman td
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 05:19 PM | Show all posts
Berdasarkan ajaran tok guru brassball aku :

Dalam kitab Ilya’ ‘Ulumuddin Imam Al-Ghazali ada menceritakan tentang orang-orang yang berfikir. Antaranya beliau menceritakan tafsiran ayat ke 191 Surah Al-Imran, yang bermaksud seperti berikut:

“ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”

Ibnu Abbas r.a. berkata: “ Ada beberapa orang yang memperdalamkan pemikirannya berkaitan Zat Allah s.w.t. , lalu Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

“ Fikirkan tentang makhluk (apa yang diciptakan oleh Allah) dan janganlah kamu memikirkan tentang (khaliq) Zat Allah

(diriwayatkan oleh Abu Naim dan Baihaki)

Baginda s.a.w. bersabda lagi (yang bermaksud):

“ Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat setahun “

(diriwayat oleh Ibnu Hibban)


So... kat sini aku nak share satu doa :

Korang biase mintak doa = nak kaye, nak gemok, nak kurus, nak bini cantik etc...

Cube sesekali korang doa = "Ya Allah,harinini berikan lah aku sedikit cebis ilmu dari lautan kalam Mu.. tajamkan lah fikiranku, dan jauhkanlah hatiku dari sebarang perasaan ingin tau perkara2 yang bukan haq ku"     Amiiiinnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 06:37 PM | Show all posts
cuba carik info  dan bacha buku sprt
dead men's secrets


buku The Nine Unknown Men



dan teori ancient astronaut
  
sbg cth ak petik satu catatan dari buku dead men's secrets
“Pada 17 November, 3398 SM, sejumlah 2 bilion manusia, bersama teknologi canggih mereka, pupus daripada muka bumi. Kaum hebat yang hilang ini telah mengalahkan kita dari sudut pendaratan ke bulan, komputer dan perang nuklear. Anak-cucu kaum canggih ini (yang terselamat dari taufan Nuh a.s. dengan menaiki bahtera) tersebar dari banjaran Ararat (Gunung Judi) di Armenia untuk memulakan semula tamadun yang kurang canggih dari sudut teknologi, tapi masih punya sedikit pengetahuan dari tamadun asal mereka.“Orang gua” boleh memakai baju seperti kita? Manusia tahu rahsia terbang sebelum kurun ke dua puluh? Tamadun silam telah melakukan pembedahan jantung? Tamadun silam menggunakan elektrik yang kini sudah tidak diketahui teknologinya untuk menerangi bandar-bandar mereka (fluoroscopy). Sebenarnya senarainya tidak mengenal tandus, dan ia menjurus kepada kewujudan satu tamadun hebat, dan bukti ini tidak lagi boleh dinafikan. Bukti arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa suatu kejadian besar telah berlaku di planet bumi di zaman silam. Suatu kejadian yang amat besar hinggakan ia telah memusnahkan hampir segala-galanya yang berada di permukaan bumi. Dari seluruh dunia, ciptaan-ciptaan silam yang dianggap “mustahil” telah muncul satu demi satu, dan sebahagiannya dari teknologi yang sama maju dengan apa yang ada pada kita sekarang ini. Hampir semua catatan kaum zaman silam menceritakan kisah yang sama, iaitu pupusnya “Zaman Emas” (Golden Age), dan bahawa satu malapetaka telah memusnahkan tamadun yang maju tersebut. Sama ada anak-anak Adam zaman ini mahu percaya atau tidak, hakikatnya jelas, iaitu sebenarnya tamadun sentiasa lahir dan mati, kemudian diganti dengan tamadun yang lain. Malah, apabila kita sentuh tamadun sesuatu kelompok anak Adam, ianya bermula dari bawah, kemudian tamadun itu mengalami kemajuan yang pesat, lantas sebahagian orang dalam kelompok itu menemukan teknologi yang mampu memusnahkan, dan terjadilah peperangan yang dahsyat hingga melenyapkan tamadun tersebut bersama masyarakatnya dan ilmu-ilmu yang ada pada mereka bahawa antara dua tamadun yang bersilih-ganti, terdapat satu jangkamasa (period) kemuraman teknologi dan kemuraman ini mungkin berlangsung lebih dari 1,000 tahun. Maksudnya, tamadun yang baru lahir perlu bermula dari bawah, dan ini memerlukan masa yang agak lama. Olehkerana tamadun sebelum itu telah pupus bersama umatnya, generasi tamadun yang kemudian telah kehilangan bukti-bukti kewujudan tamadun silam yang maju itu. Akibat dari kecuaian untuk mengkaji tamadun-tamadun silam dengan bersumberkan agama, anak-anak Adam yang hidup di tamadun mutakhir menganggap umat zaman dahulu berfikiran kolot serta amat mundur. Maka timbullah anggapan bahawa semakin kita menggali sejarah, makin jelaslah bahawa manusia zaman silam itu mundur, hinggalah dianggap bahawa mereka hanya menggunakan batu sebagai senjata dan peralatan-peralatan. Apabila dilakukan kajian yang lebih terperinci, barulah manusia moden tahu bahawa sebenarnya sebelum mereka telah ada tamadun berteknologi tinggi, malah teknologinya lebih canggih berbanding yang ada pada mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.117790 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list