CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

'Mampu raih 10 peratus'

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Saya tak tahu kenapa sasaran MSN rendah: Kok Chi\rSOAL mengenai jumlah sebenar sasaran pingat emas mampu dimenangi kontinjen negara mencetus perdebatan hangat tatkala temasya dwitahunan itu akan disingkap tirainya enam hari lagi.\r\n\n\n\n\r   Selepas Majlis Sukan Negara (MSN) hanya mensasarkan 40 hingga 45 emas yang dianggap ramai sebagai ‘sasaran konservatif’ kelmarin, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula tidak berganjak dengan sasaran mereka dengan menegaskan kontinjen negara tetap mampu memenangi 50 hingga 60 emas.  \r\r\n\n\n\n\n  Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, menegaskan keyakinan itu berdasarkan statistik kutipan emas kontinjen negara pada era alaf baru apabila tidak pernah gagal memenangi sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan emas ditawarkan.\r“Jadi, berdasarkan 542 emas keseluruhan ditawarkan di Jakarta dan Palembang, kita harap mampu memenangi sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah itu yang bermakna kita boleh meraih antara 50 hingga 60 emas.\r“Saya tidak tahu mengapa sasaran MSN terlalu rendah dan lebih kurang sama dengan pencapaian dua tahun lalu di Laos. Jika sasaran 40 hingga 45 emas ditetapkan MSN, bermakna kita hanya mampu meraih 7 hingga 8 peratus daripada jumlah keseluruhan emas ditawarkan,” katanya. \rKok Chi berkata, sepanjang temasya dwitahunan diperkenalkan sejak 1959, hanya tiga kali kontinjen negara mencatat pencapaian terburuk apabila hanya memenangi purata 7 peratus daripada jumlah keseluruhan emas  ditawarkan iaitu di Jakarta 1979, Manila 1981 dan Singapura 1983.\r\n\n\n\n\r“Kali terakhir Sukan SEA diadakan di Indonesia pada 1997 iaitu 14 tahun lalu di mana kontinjen negara memenangi 55 emas iaitu 12.56 peratus daripada 438 emas ditawarkan. Jadi, sepatutnya pencapaian kali ini harus lebih baik dan meningkat,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.696769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list