CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Hanya dua emas

[Copy link]
Post time 13-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Nur Suryani, Song Hwa hadiahkan emas dari Palembang, Jakarta gagalHANYA dua emas mampu dituai pada hari kedua temasya Sukan SEA XXVI semalam, kedua-duanya di Palembang menerusi penembak wanita, Nur Suryani Muhamed Taibi dan atlit tukul besi wanita, Tan Song Hwa ketika atlit di Jakarta gagal menyerlah. \rSelepas tamat saingan semalam, Malaysia jauh ketinggalan dalam senarai pungutan pingat apabila menduduki tangga keenam dengan dua emas, lima perak dan enam gangsa.\r\n\n\n\n\rNur Suryani memulakan pemburuan pingat pada sebelah pagi apabila menghadiahkan emas pertama kontinjen negara pada temasya ini selepas mengungguli acara 50m Rifle 3 Posisi wanita di Lapang sasar Jakabaring, Palembang, semalam. \r\r\n\n\n\n\nPenembak kelahiran Perak itu membuktikan bidikannya tetap tajam dengan keseluruhan 679.8 mata, mengenepikan penembak Thailand, Sununta Majchacheep (676.3) dan seorang lagi penembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (675.4).\rSaya memang tidak sasarkan emas ini tetapi dari awal saya sentiasa cuba memperbaiki kekurangan di Laos dan Alhamdulillah, saya berjaya. Strategi itu nyata berhasil dan saya puas dengan kejayaan ini, katanya. \rSong Hwa, 25, tampil menghadiahkan emas kedua pada sebelah malam selepas mengungguli acara di Kompleks Sukan Jakabaring, mencatat 55.15 meter untuk menewaskan peserta tuan rumah Rose Herlinda Inggerina (51.95m) dan Loralie Semonia dari Filipina (49.69m).\rNur Suryani, 29, yang pada awalnya diberi tanggungjawab selaku pembawa bendera kontinjen negara untuk upacara pembukaan rasmi kelmarin sebelum digantikan rakannya, Bibiana Ng berkata, dia langsung tidak memikirkan pencabar lain, sebaliknya hanya fokus untuk mengumpul mata sebanyak mungkin dan menjarakkan diri di depan pencabar lain.\r\n\n\n\n\rTerdahulu, Malaysia meraih dua perak dalam acara menembak yang memulakan saingan, masing-masing menerusi Hadafi Mohd Jaafar dalam acara 10m Air Rifle lelaki dan Khalel Abdullah dalam acara 25m Standard Pistol lelaki. \rPemburuan emas Malaysia dalam acara menembak berterusan hari ini menerusi acara 10m Air Pistol wanita menerusi Bibiana Ng dan Joseline Cheah, acara 25m Rapid Fire Pistol menerusi Hasli Izwan Amir Hassan dan Hafiz Adzha serta 50m Rifle Prone lelaki menerusi Muhammad Shahril Sahak dan Hisham Adha.\rSementara itu, pemegang rekod Sukan SEA, Song Hwa membuktikan statusnya sebagai jaguh lontar tukul besi wanita Asia Tenggara, walaupun sedikit terkilan kerana gagal memperbaharui rekod yang dilakukan di Laos 2009.\rMulanya saya agak bimbang kerana sakit belakang sejak enam minggu lalu, tetapi selepas pencabar lain tidak begitu memberi saingan, saya cuma tumpukan untuk melakukan catatan terbaik, katanya.\rBegitupun, dalam acara 100 meter lelaki, Noor Imran A Hadi menduduki tangga keenam selepas melakukan 10.55s manakala Ambrose Jilon gagal menamatkan larian kerana kekejangan.\rFatimatul Zahra Awang Nurul yang melakukan lompatan sejauh 5.97 meter sekadar menduduki tempat ketujuh acara lompat jauh wanita yang dimenangi pemegang rekod baru dari Filipina, Marestella Torres yang mencatat 6.71m.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list