CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8634|Reply: 17

penciptaan kondom...

[Copy link]
Post time 13-11-2011 11:11 AM | Show all posts |Read mode
saper tahu asal usul kondom?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 12:27 PM | Show all posts
apekah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 03:12 PM | Show all posts
kondom xsilap dah ada masa zam rom lagik.tapi masa tu dorang guna usus kambing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 03:21 PM | Show all posts
Kondom
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kondom piawaian yang masih tergulung.

Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom pertama diperbuat daripada urat perut haiwan (babi). Pada masa sekarang, kondom hampir keseluruhannya diperbuat daripada lateks.
Isi kandungan
[sorokkan]

Cubaan pertama menghasilkan kondom membabitkan fibrik tenun yang sudah pastinya tidak berkesan. Kondom berkesan yang pertama diperbuat daripada perut biri-biri atau membran haiwan lain. Ia masih terdapat pada masa kini kerana keupayaan mereka mengalirkan kehangadan badan dan deria sentuhan, tetapi ia tidak berkesan untuk menghalang kehamilan dan penyakit sebaik kondom sintetik. Apabila kondom lateks mula dihasilkan, ia merupakan kejayaan dari segi keberkesanan dan mampu dimiliki. Bagaimanapun, sebelum pertengahan abad ke-20, banyak tempat mengharamkan penjualan kondom, dan selanjutnya membenarkan penjualan "hanya untuk pencegahan penyakit". Sering kali ia terdapat disesuatu tempat diberitahu kepada pengguna secara tidak langsung, seperti iklan untuk "getah span". Salah satu jenama kondom awal dipanggil "Tingkap Ria - Merry Widows".
Kondom yang diperbuat daripada kulit haiwan sekitar 1900.

Komdom lateks dibungkus dalam bentuk bergulung, dan direka untuk dipasangkan pada hujung zakar dan digulung menyelitupi zakar yang tegang. Kondom mempunyai "belah betul" dan "belah salah" apabila digulung, dan perkara pertama pengguna perlu menentukan adalah sebelah yang betul sebelum cuba memakainya. Sebarang sentuhan dengan zakar pada belah kondom yang salah akan mencemar kondom dengan cecair benih, dan dalam kes ini, kondom tersebut perlu dibuang dan kondom yang lain digunakan.

Kondom lateks awal semuanya sama, kecuali sesetengah kondom lateks akhirnya mempunyai hujung simpanan bagi menyimpan cecair yang dipancutkan. Salah satu ciptaan awal, "tutup pendek" hanya menutup kepala zakar. Ia gagal teruk bagi mengurangkan penyebaran penyakit dan kehamilan.

Walau bagaimanapun pada abad terkini, pengilang telah menghasilkan pelbagai saiz, warna, dan bentuk kondom, termasuk yang mempunyai perasa dan yang mempunyai ciri-ciri perangsang. Ciri-ciri perangsang tersebut termasuk hujung yang lebih besar atau poket untuk memudahkan menerima kepala zakar dan permukaan bertekstur seperti alur atau bonggolan kecil. Kebanyakan kondom mempunyai tambahan pelincir spermisid, tetapi ia bukanlah pengganti yang berkesan bagi penggunaan spermisid tambahan. Satu kaedah untuk menguji adakah wujudnya lubang mikroskopik pada kondom meliputi perletakan kondom di antara dua pengalir. Jika kondom itu tidak mencegah arus elektrik daripada pengaliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain, kondom itu dianggap mengandungi lubang. Kebenaran kebanyakan cerita-cerita mengenai lubang dalam kondom diragui jika cara memegangnya dipatuhi.

Kondom yang diperbuat daripada bahan semulajadi (seperti yang dilabel "kulit kambing", diperbuat dari usus kecil biri-biri tidak sebegitu berkesan bagi menghalang penyebaran penyakit. Beberapa syarikat hari ini turut menghasilkan kondom yang diperbuat daripada polietilena dan poliuretana, yang dijangka serasi dengan pelincir berasas minyak. Kondom-kondom ini juga boleh diguna oleh mereka yang menghidapi alergi lateks.

Sebagai satu kaedah pencegah kehamilan, kondom mempunyai kelebihan sebagai mempunyai hampir tiada kesan sampingan, dan menawarkan perlindungan terhadap penyakit bawaan seksual. Terdapat paradoks bagi penggunaan kondom sebagai pencegah kehamilan: keberkesanan kondom secara teori amat tinggi, tetapi keberkesanan sebenarnya agak rendah. Ini adalah kerana ramai orang gagal mengikuti dengan teliti tatacara sebenar penggunaan kondom. Tambahan lagi, soalselidik menunjukkan ramai pengguna tidak tahu cara memakai yang betul, menyebabkan koyak atau terlucut.

Pada kendirinya, kondom hanyalah serdahana bolah diharapkan, tetapi apabila digabungkan dengan spermisid, keberkesanannya setanding dengan kaedah pencegah kehamilan yang lain.

Antara kelemahan kondom yang disenaraikan adalah memakainya mengganggu hubungan intim. Sesetengah orang mendapati ia menghadkan kenikmatan kerana ia menghilangkan sentuhan kulit dan mengurangkan perangsangan deria; bagaimanapun, seseorang wanita boleh menyelesaikan masalah ini dengan melatih otot faraj, khususnya "pubococcygeus".

Kebanyakan kegagalan kondom disebabkan salah guna. Ini mendorong sesetengah penyelidik meminta pendidikan seks yang lebih awal dan lebih jelas, tetapi usaha sedemikian ditentang oleh kumpulan keagamaan yang berasa bahawa penjelasan mengenai penggunaan kondom dan cara pencegah kehamilan yang lain kepada remaja akan menggalakkan tabiat sedemikian.
[sunting] Penggunaan yang betul
Kondom yang telah dibuka gulungan.
Cara memakai kondom.

Penggunaan kondom lelaki merangkumi langkah-langkah yang berikut:

    Jangan kendalikan dengan kuku jari yang tajam.
    Pakai pada zakar yang tegang dengan segera, dan pastikan sebelum sebarang sentuhan dengan faraj atau dubur; jika mungkin, sebelum sebarang sentuhan dengan badan pasangan.
    Untuk lelaki yang tidak bersunat, kondom paling bagus jika dipasang dengan kulit hujung ditarik. Ini memaksimumkan pergerakan dan mengurangkan kemungkinan koyak ketika melakukan hubungan.
    Tinggalkan sedikit ruang pada hujung kondom untuk menyimpan air mani: kebanyakan kondom mempunyai takungan pada hujung. Picit ketika memakai untuk mengelakkan buih udara yang boleh koyak kemudian nanti.
    Pelincir seksual berasaskan air boleh digunakan bersama kondom, tetapi pelincir berasaskan minyak tidak sepatutnya digunakan kerana ia melemahkan lateks dan menyebabkan ia koyak atau berlubang. Jika faraj pasangan wanita kering, pelincir perlu digunakan untuk mengurangkan geseran pada kondom.
    Untuk liwat, terdapat kondom lebih tebal dan tahan yang direka khas untuknya.
    Jangan sekali-kali menggunakan kondom selepas tarikh luput — ia mungkin kelihatan elok tetapi koyak kemudian. Walaupun sebelum tarikh luput, jangan bawa kondom dimana ia terdedah pada haba badan untuk tempoh masa yang lama — seperti dalam dompet (yang disimpan dalam poket) atau dalam poket secara langsung. Jangan simpan kondom dalam laci kereta kerana kepanasan akan melemahkan lateks.
    Zakar perlu dikeluarkan sebaik sahaja memancut; walaupun anda masih tegang, meninggalkannya bererti risiko yang tidak perlu.
    Apabila mengeluarkan zakar, pegangkan kondom pada pangkalnya agar tidak terlucut.
    Basuh tangan dan zakar sebelum sebarang sentuhan dengan pasangan.
    Kondom hanya untuk kegunaan satu kali sahaja. Jangan menggunakan kondom semula.
    Jika anda merasakan kondom biasa terlalu kecil ataupun besar, timbangkan penggunaan saiz khas atau kondom wanita.
    Cuba menggunakan kondom apabila anda berseorangan, dalam tempat yang terang agar dapat melihat apa yang anda lakukan, sebelum menggunakan kondom untuk kali pertama.

Memasang kondom wanita membabitkan yang berikut:

    Periksa tarikh lupus pada pembalut kondom: Kondom mempunyai nombor tarikh lupus dan nombor bungkusan. Jangan gunakan kondom yang lupus tarikh.
    Berhati-hati, buka pembalut satu bahagian sahaja. Berhati-hati dan jangan rosakkan kondom dengan benda tajam.
    Picit dengan cermat hujung kondom untuk membuang udara yang terperangkap di dalam kondom. Poket udara boleh menyebabkan kondom koyak.
    Letakkan kondom yang masih bergulung pada hujung zakar. Pastikan ia dibuka pada hala yang betul sebelum menggunakannya.
    Buka gulungan kondom sepenuhnya pada batang zakar. Ia hanya dibuka satu arah — pastikan arah yang betul sebelum kondom mencecah hujung zakar.
    Pastikan kondom tidak longgar atau tanggal.

Kondom terdapat dalam pelbagai warna.

Kesemua 12-bungkus kondom mempunyai arahan, dan mungkin mempunyai arahan tambahan; pastikan anda membaca arahan ini sekiranya anda tidak pernah menggunakan kondom sebelum ini.

Sesetengah lelaki yang merasakan saiz kondom tertentu sukar digunakan kerana terlalu kecil telah melaporkan bahawa mereka membuka separuh kondom, meregangkannya dengan kedua jari telunjuk, memasukkan zakar (meminta pasangan mereka mengeluarkan udara dari hujung kondom), mengalih jari dan mengenakannya. Cara ini tidak digalakkan kerana kuku boleh terkena kondom. Pertimbangkan untuk membeli kondom yang lebih besar.
[sunting] Kondom wanita

Baru-baru ini, kondom wanita telah disediakan. Kondom wanita lebih besar daripada kondom lelaki dan mempunyai mulut berbentuk cecincin yang keras. Ia direka untuk memasukkan ke dalam faraj. Kondom wanita juga mengandungi cecincin dalaman yang memastikan bahawa kondom tidak lari sewaktu di dalam faraj. Pemasukan kondom wanita memerlukan pemicitan cecincin dalaman itu.

Jualan untuk kondom wanita amat mengecewakan. Oleh sebab itu, ia tidak mudah didapati seperti pada waktu pelancarannya. Sebab-sebab untuk jualan yang buruk mungkin termasuk keperluannya mempelajari pemasukan kondom wanita, satu kemahiran yang payah dilatih lebih dahulu oleh lelaki yang tiada pasangan. Sebab yang kedua ialah bunyi kosak-kosek sewaktu bersetubuh. Jenis kondom ini diperbuat daripada poliuretana.

Arahan-arahan untuk kegunaan kondom wanita juga berlainan berbanding arahan untuk kegunaan kondom lelaki. Kondom wanita direka untuk dimasukkan dan bukannya untuk dipakai secara ketat pada zakar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 07:50 PM | Show all posts
hehehe ilmu ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2011 04:33 PM | Show all posts
hahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 06:36 PM | Show all posts
kaler berbeza untuk malam yang berlainan mengikut mood dan selera
kondom pakai basuh pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 06:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by YeOpInDiE at 14-11-2011 18:42

Kegunan Terbaru Kondom
Please Dont Throw Away ur Condom After Pleasures
Gaun-Gaun Pengatin Yang Terbuat Dari Kondom
Astaga,ditemukan cara baru untuk memakai kondom. Jadi sekarang kondom bukanhanya dipakai oleh kaum pria ya, tetapi juga kaum wanita. Bahkan kondomyang dipakai wanita tersebut, sekali dipakai bisa ratusan!! Lho,bagaimana caranya? Ternyata kondom lelaki dijadikan gaun-gaun pestawanita dan ternyata sungguh memukau.







Akantetapi dijamin dari semua pasangan pengantin di Indonesia, belum pernahada yang kepikiran untuk memakai gaun pengantin yang dibuat dariKONDOM!! Emang ada gaun pengantin dari konom? Ada donk. Lihat foto-fotogaun pengantin dan gaun pesta yang terbuat dari kondom, pasti anda akantercengan melihatnya. Bentuknya dan modelnya sangat atraktif danmungkin kita tidak akan menyangkanya kalau itu dibuat dari kondom!



Diposkan olehAdmindi07:58
Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Berbagi ke TwitterBerbagi ke Facebook


Label:Arena Tekhnologi,Arena Unik,
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 07:17 PM | Show all posts
nak mnth ak nengoknye..... hish manusia2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 07:17 PM | Show all posts
Tuut Lickin Goods
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 09:26 PM | Show all posts
GT ada gambar mesin jual kondom. tp x reti nak tepek.
snap kat thailand kat dalam toilet stadium diorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 01:01 AM | Show all posts
GT ada gambar mesin jual kondom. tp x reti nak tepek.  
snap kat thailand kat dalam toilet stadiu ...
greantea Post at 14-11-2011 20:26



    tak la malu sangat kalu beli guna mesin, aritu kudapadi ada beli sekotak durex kt guardian, pastu akak cashier tu gelak2 lak, rasa muka nih dah kembang tapi wat donno jer....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 01:36 AM | Show all posts
tak la malu sangat kalu beli guna mesin, aritu kudapadi ada beli sekotak durex kt guardian ...
kudapadi Post at 15-11-2011 01:01



    ha ha ko ni kudapadi..signature pun letak "onani" tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 12:51 PM | Show all posts
ha ha ko ni kudapadi..signature pun letak "onani" tu..
saladin780 Post at 15-11-2011 00:36



    ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:31 PM | Show all posts
sapa jual kondom kat sini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 12:57 PM | Show all posts
KFC punya pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 08:15 PM | Show all posts
Reply 8# YeOpInDiE


   bolh basuh2 le plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.132723 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list