|
Emas selepas 10 tahun bersara dorong veteran ‘bola tojah’ mahu terus beraksi\rPENAMPILAN semula Sam Chong selepas 10 tahun tidak beraksi di Sukan SEA, nyata berbaloi apabila meraih pingat emas acara beregu snuker di Pusat Konvensyen OPI, Jakabaring, Palembang, semalam.\r\n\n\n\n\r Sam, 49, yang kali terakhir beraksi di Kuala Lumpur 2001, bergandingan dengan Thor Chuan Leong untuk meraih emas pertama snuker dan biliard di temasya ini dengan menewaskan pasangan Singapura dan pemenang emas di Laos, Lim Chun Kiat-Ang Boon Chin, 3-0.\r\r\n\n\n\n\n “Saya sangat gembira dengan kejayaan ini, terutama selepas 10 tahun tidak menyertai Sukan SEA dan ia juga menebus kehampaan saya pada aksi terakhir di Kuala Lumpur 2001,” katanya yang kali pertama digandingkan dengan Chuan Leong.\r“Ini kejohanan antarabangsa pertama saya tahun ini dan kalau persatuan terus mahukan khidmat saya, saya sedia untuk terus mencurah keringat.”\rPemenang empat emas pada temasya di Chiang Mai 1995 itu yang kali terakhir mewakili negara pada Sukan Asia Busan 2002, menerima jemputan Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) untuk kembali selepas prestasi membanggakan ditunjukkannya ketika Jelajah Kebangsaan baru-baru ini apabila menghuni tempat kelima.\rSementara itu, Chuan Leong, 23, yang tewas kepada pasangan sama ketika penentuan emas di Laos dua tahun lalu berkata, strategi mereka menggunakan pengalaman Sam menyelamatkan bola sambil dia memegang peranan utama mengutip mata, berhasil menewaskan pasangan Singapura itu.\r\n\n\n\n\r“Saya puas dengan kemenangan ini kerana dapat membalas dendam kekalahan di Laos,” katanya yang bergandingan dengan Lai Chee Wei ketika itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|