CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60|Reply: 0

SM Zakir dinobat

[Copy link]
Post time 17-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Mengapa Urus Setia Anugerah Penulisan SEA 2011 gentar lepas maklumat?\rPENGARANG kreatif negara ini yang ternanti-nantikan pengumuman penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2011 akhirnya mengetahuinya juga apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku urus setia mengumumkannya pada 11 November lalu.\r\n\n\n\n\rNyata tuah menyebelahi pengarang muda yang juga Setiausaha Agung, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Syed Mohd Zakir Syed Othman atau lebih dikenali sebagai SM Zakir untuk menerima hadiah berprestij di rantau Asia Tenggara yang dianugerah Kerajaan Thailand sejak 1979.\r\r\n\n\n\n\nAnugerah itu melayakkan penerimanya menerima hadiah bernilai RM7,200 (70,000 Bath), tiket penerbangan dua hala kelas bisnes  Thai Airways dan penginapan di Hotel Mandarin Oriental, Bangkok, sepanjang meraikan penerima bermula 18 hingga 23 November ini.\rKetua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abd Aziz, berkata pemilihan SM Zakir, 42, berdasarkan kekuatannya dalam genre cerpen iaitu ciri yang ditentukan Panel Pusat Anugerah Penulisan Asia Tenggara di Bangkok, Thailand, pada tahun ini dan pemilihannya disah dan diperakukan panel pusat terbabit pada 10 Oktober lalu. \r“Karyanya bermutu, ada nilai falsafah dan daya intelektual, selain persoalan yang disentuh tidak hanya berlegar dalam lingkungan setempat, sebaliknya melampaui sempadan antarabangsa, menerokai dunia falsafah dan sufisme serta memberi pencerahan terhadap isu politik yang kompleks,” katanya.\rMajlis pengumuman yang berlangsung di DBP, Kuala Lumpur, turut dihadiri Pengarah Bahagian Perkembangan Bahasa dan Sastera DBP, Sallehudin Abang Shoekran dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafannya, Mohamad Yussop Ishak.\r\n\n\n\n\rDalam kalangan orang sastera, pasti mengetahui bahawa SM Zakir sudah menangani lima kumpulan cerpen dan dua kumpulan sajak, biografi, buku kritikan filem dan esei falsafah, selain memenangi lebih 20 anugerah termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank dan Hadiah Formula Malaysia.\rAntara cerpen beliau yang mendapat pengiktirafan ialah Debu-debu Jalan dan Mimpi Senapati, manakala kumpulan cerpennya pula, Merengkuh Langit yang dihasilkan pada 1995 dan Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (2001).\rAnak Sasterawan Negara Ke-11, Allahyarham Dr Syed Othman Syed Omar (S Othman Kelantan) ini cergas dalam persatuan penulis, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Penyelaras Sekretariat Penulis Muda, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), memegang jawatan Setiausaha Agung PENA sejak 2006 hingga kini.\rSebagai pengarang muda SM Zakir mempunyai kelebihan yang boleh ‘menyelamatkannya’ daripada menerima kritikan berbau iri hati berhubung penobatannya daripada pengarang lain yang berasa diri turut layak, tetapi ‘rezeki’ tidak menyebelahi mereka.\rMalangnya pada pengumuman kali ini, khabarnya semua maklumat berkenaan yang sudah berada dalam fail kenyataan akhbar dikeluarkan semula pada saat akhir dan usaha mendapatkannya melalui panggilan telefon mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) seolah-olah ‘bo layan’.\rAdalah lebih elok bagi urus setia melepaskan semua maklumat yang dipinta media massa bagi mengelakkan daripada timbulnya syak wasangka dan tanda tanya, selain pengarang kreatif yang turut menaruh harapan boleh turut menjadikannya sebagai sandaran ‘mencongak’ upaya diri.\rKebetulan Malaysia mempunyai ramai pengarang kreatif, baik di kalangan veteran, mapan mahupun seangkatan SM Zakir, tetapi masih ramai yang kempunan meraih ‘keistimewaan’ itu, lalu adalah lebih baik pendedahan maklumat terbabit dibuat.\rHakikat keengganan urus setia menyerahkan maklumat berhubung pemilihan karya dinilai, senarai panel dan ulasan mereka, senarai pencalonan dan badan yang mencalonkannya, menimbulkan tanda tanya apakah ada yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan media massa?\rWalhal segala aspek yang disebutkan itu menjadi soalan lumrah yang akan diajukan wartawan apabila penerima Anugerah Penulisan SEA diumumkan, tetapi mengapa tahun ini urus setia di Malaysia seolah-olah mengkategorikannya sebagai sulit?\rThailand sebagai negara penganjur sendiri mendedahkan maklumat berhubung pemilihan karya yang berjaya ke peringkat akhir kepada media cetak dan siber sebelum pengumuman dibuat awal Oktober lalu.\rMaklumat pemilihan tujuh kumpulan cerpen ke peringkat akhir daripada 20 kumpulan cerpen yang disaring daripada jumlah keseluruhan 83 buku yang diterima urus setia tidak menjadi rahsia, malahan lengkap dengan ulasan aspek yang melayakkannya untuk ke peringkat akhir.\rKumpulan cerpen itu ialah 24 Ruang San Khong Fah atau 24 Short Stories of Fah karya Fah Poonvoralak; Rueng Khong Rueng/What\'s in a Tale atau (Pichedsak Popayak) dan Daed Chao Ron Kern Kwa Ja Nang Jip Kafair/Too Hot to Sip Coffee under the Morning Sun (Jaded Kamjorndet).\rTurut tersenarai ialah Kradook Kong Kwam Luang atau The Backbone of Deception karya Rewat Panpipat; Nimit Wikarn/Twilight Images (Anusorn Tipayanon); Parbpayont Tee Tai Tam Talot Chewit/Filming for Life (Jakkapan Kangwan) dan Bandai Krajoek (Watn Yuangkaeo).\rJika Urus Setia Induk Anugerah Penulisan SEA 2011 boleh mendedahkan maklumat selengkap itu untuk pengetahuan media massa agar dapat dikongsi dalam kalangan orang sastera, mengapa tidak sekretariat di Malaysia?\rIni belum diambil kira, anugerah yang sudah 32 kali berlangsung mempamerkan peluang terbatas kepada pengarang kreatif wanita negara ini berkemungkinan untuk dinobatkan sebagai penerima seperti dapat dinilai dalam ‘peta’ Anugerah Penulisan SEA di Malaysia.\rSehingga kini hanya enam pengarang wanita yang dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij itu iaitu bermula dengan Adibah Amin pada 1983, Dr Siti Zainon Ismail (1989), Zaharah Nawawi (1996), Khadijah Hashim (1999), Dr Zurinah Hassan (2004) dan Azmah Nordin (2009).  \rSedang dunia politik di negara ini juga bertukar rentak ekoran kecanggihan teknologi maklumat yang boleh membinasakan siapa saja jika tidak berhati-hati sehingga pemerintah sendiri bersikap terbuka dalam mendedahkan maklumat yang ingin diketahui rakyat, mengapa pengurus sastera perlu gentar?\rINFO\rPenerima Anugerah Penulisan Sea (Malaysia)\r* SN Datuk (Dr) A Samad Said (1979)\r* Datuk (Dr) Baharuddin Zainal (1980)\r* SN Datuk Abdullah Hussein (1981)\r* SN Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang (1982)\r* Adibah Amin (1983)\r* A Latiff Mohidin (1984)\r* SN Allahyarham Arena Wati (1985)\r* Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (1986)\r* SN Datuk Noordin Hassan (1987)\r* Azizi Abdullah (1988)\r* Dr Siti Zainon Ismail (1989)\r* SN Allahyarham Dr Syed Othman Syed Omar (1990)\r* Allahyarham Yahya Husin (Jihaty Abadi) (1991)\r* Ismail Abbas (1992)\r* Allahyarham Kamaruzzaman Abdul Kadir (1993)\r* Prof Dr A Wahab Ali (1994)\r* Suhaimi Muhammad (1995)\r* Zaharah Nawawi (1996)\r* Prof Dr Muhammad Salleh (1997)\r* Allahyarham Dr Othman Puteh (1998)\r* Khadijah Hashim (1999)\r* Dr Lim Swee Tin (2000)\r* Zakaria Ariffin (2001)\r* SN Datuk Dr Anwar Ridhwan (2002)\r* Prof Dr Zakaria Ali (2003)\r* Dr Zurinah Hassan (2004)\r* Abdul Ghafar Ibrahim (2005)\r* Jong Chian Lai (2006)\r* Prof Madya Rahman Shaari (2007)\r* Prof Dr Hatta Azad Khan (2008)\r* Azmah Nordin (2009)\r* Zaen Kasturi (2010)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-7-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065852 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list