View: 31566|Reply: 11
|
[Tempatan]
Pulau Pinang larang aktiviti berkuda di pesisir pantai Batu Ferringhi
[Copy link]
|
|
Pulau Pinang larang aktiviti berkuda di pesisir pantai Batu Ferringhi
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, dekat sini bermula 1 September ini. Gambar hiasan
GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, dekat sini bermula 1 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H'ng Mooi Lye berkata, keputusan dibuat susulan beberapa aduan berkaitan perkhidmatan aktiviti berkuda itu terutama isu keselamatan dan kebersihan di kawasan terbabit.
"Selain itu, terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan seperti kebajikan penjagaan haiwan dan kesalahan pembinaan struktur tanpa kebenaran daripada pihak yang menjalankan aktiviti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Ferringhi hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam berkaitan soal kebersihan dan kebajikan kuda-kuda berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah berkata, pihaknya telah membangkitkan isu yang sama sebelum ini kepada kerajaan negeri dan menyokong keputusan itu.
Zairil berkata, hal ini kerana kuda-kuda di kawasan pesisir pantai itu telah mencecah 30 ekor berbanding sebelum ini hanya beberapa ekor sahaja, malah keadaan haiwan itu juga kelihatan sakit.
''Kuda-kuda ini disimpan di kawasan kampung, ada penduduk mengadu najis kuda-kuda ini mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk. Jadi atas unsur keselamatan awam dan kesihatan semua pihak, kerajaan negeri memutuskan perkara tersebut (larangan)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan perkhidmatan aktiviti berkuda yang ditawarkan pengendali warga asing di pesisir pantai Batu Feringghi kembali beroperasi walaupun serbuan dijalankan secara berterusan.
Pengarah Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Noorazrein Noorazlan Ong dilaporkan berkata, pihaknya telah menjalankan lebih 50 tindakan penguatkuasaan sejak Januari hingga Mei lepas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti berkuda kepada pengunjung di pesisir pantai berkenaan. - Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak larang yg lain2 aktiviti macam yg flying fox ke aptah naik speedboat ikat tali dgn parachute tu. Abis semua kita duduk kat beach tu aman2 dia suruh kita blah dia kata nanti orang tu nak landing. Iols complain kat Rasa Sayang management. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 29-7-2024 06:38 PM
Boleh tak larang yg lain2 aktiviti macam yg flying fox ke aptah naik speedboat ikat tali dgn parachu ...
Terima kasih brosis. Ikhlas memberi ikhlas menerima. Selamat hari raya! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 29-7-2024 10:32 PM
Nak tiru Hatyai la tu...Pantai Samila.
Kat Thailand tu ada pantai kuda untuk naik kuda je.
Untuk mandi ada pantai lain.
Untuk jetski pantai lain.
Kalau di Malaysia aktivit pantai macam karangan sekolah atau lukisan naive kanak kanak dibuatnye...semua dia rangkum letak kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi sebenar nya lebih kepada sebab orang asing yang handle biz berkuda tu kan.... penduduk tempatan situ melopong je lah tourist tabur duit ke orang asing...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastu kuda tu smua pergi mne ? Xde lah smpai eksploitasi kuda sbb mmg utk ditunggang kuda tu. Klau ada yg kuda sakit, dia tu jelah kena kompaun jika dapati dieksploitasi. Mngkin patut bgi lesen pde pengusaha ni, dpt gak income utk ngri |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa y? Best je ada kuda2 tu. Anak2 happy ada benda boleh focus on |
|
|
|
|
|
|
|
setuju tak payah la ada kuda2, bot2 ni semua. orang dok tepi pantai nak tenang nyaman.. eh dgn bunyit enit bot, jet ski, bau asap, minyak semua ada. paling tak best kat pantai teluk batik tu. orang nak mandi2 , jet ski dia mari, bot dia mari..bahaya gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab yg buat aktiviti tu warga asing/ pati/ rohingya...
Dapat kuda dr kelab lumba kuda berhampiran yg dah tutup
PBT tak boleh tangkap sebab pemegang kad unchr...nak angkut kuda takde peralatan.
So... Ape pilihan yg ada?
Best kan ade kad unhcr |
|
|
|
|
|
|
|
kuda orang lua yg bg mandi laut.. semak je |
|
|
|
|
|
|
| |
|