CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 59157|Reply: 45

[Tempatan] Na'imah gagal tangguh cukai RM313.82 juta

[Copy link]
Post time 19-10-2024 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-10-2024 10:13 AM

SHAH ALAM: Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dr Shahnaz Sulaiman, melalui penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini, membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.

Hakim berkata, ia adalah kerana LHDN yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu, diberi kuasa untuk mengutip cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Na'imah memohon untuk mengekalkan status quo dalam permohonan kebenaransemakan kehakiman yang difailkannyaberhubung dakwaan LHDN, bahawa beliautidak menjelaskan cukai taksiran bernilai lebih RM313 juta.

Sementara itu, Shahnaz berkata, berdasarkan kepada peruntukan ACP, walaupun prosiding sudah dimulakan, pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlah, sama ada berlebihan atau tidak.

Berhubung isu jumlah cukai yang besar perlu dibayar pula, hakim itu berkata mahkamah berpendapat bahawa perkara berkenaan adalah relatif.

Bagi orang kebanyakan, taksiran cukai sebanyak RM30,000 mungkin besar, namun seperti yang diperuntukkan di bawah ACP, dia masih perlu membuat pembayaran bagi jumlah itu.

"Undang-undang terpakai sama rata kepada semua. Sama ada taksiran cukai RM30,000 atau RM30 juta, undang-undang harus dan mesti diguna pakai sama.

"Oleh kerana kes ini berkaitan dengan pembayaran cukai, apa-apa cukai yang dikutip daripada pemohon boleh dipulangkan semula oleh responden," katanya.

Pada 26 Ogos lalu, Na'imah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta yang dikenakan terhadapnya oleh LHDN, dengan menamakan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri sebagai responden.

Dalam afidavit sokongannya, Na'imah berkata, LHDN melalui notis bertarikh 18 Januari lalu mempersoalkan kenaikan sahamnya dalam syarikat Ilham Baru Sdn. Bhd. dan mendakwa beliau menggunakan tiga aset di luar negara yang dibeli menggunakan pendapatan tidak dilaporkan untuk membayar pinjaman antaranya Ilham Baru, Ilham Tower Sdn Bhd, dan Welberton Private Equity Corp.

Tiga aset berkenaan ialah Hotel Nantasket Beach Resort dan sebuah pangsapuri bersebelahan hotel berkenaan di Massachusetts; bangunan pejabat Chauncy Place dan Hotel Buckminster and Annex di Boston yang dianggarkan bernilai lebih RM700.6 juta.

Beliau memfailkan permohonan itu atas alasan cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 2018 berjumlah RM313,820,336.13 yang dikenakan terhadapnya adalah ultra vires (bertentangan) dan menyalahi undang-undang.

Menurut Na'imah, ia adalah kerana jumlah yang dituntut itu adalah daripada tiga unit aset di luar negara yang bukan di bawah bidang kuasa responden kerana undang-undang cukai pendapatan di Malaysia berfungsi berasaskan dasar wilayah.

Na'imah berkata, responden menyatakan tanpa mengira di mana pendapatan itu timbul, dan selagi beliau wargaMalaysia dan pemastautin cukai di negara ini, beliau tertakluk kepada audit cukai yang berkait dengan sumber pendapatan dan asetnya menurut ACP.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2024 08:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya betul ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kite yg marhaen tgk..bestnya byk duit..ada harta kat obesi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni keje apa yach? Kayo bonar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Ultra rich Malaysian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan tok bida yang paling kaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-10-2024 06:51 AM
Acik ni keje apa yach? Kayo bonar..

Dia lawyer kan
Wife daim pulak tu, mesti la kaya
Jg kakak kpd pelakon radhi khalid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknya tunggakan cukaiii..boleh buat sebijik hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukai je dah beratus juta, aset keseluruhan mau cecah berbiliyun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:19 PM | Show all posts
cukai pendapatan jer dah ratus ratus juta
kita marhaens ni
nak ada simpanan 1 juta
jangan kata irl, dalam mimpi pun tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp yg kaya2 ni bleh plak ada tunggakkan cukai bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 19-10-2024 12:30 PM
Knp yg kaya2 ni bleh plak ada tunggakkan cukai bagai?

Kalau marhaen, dikejsr disekat takleh jalan2 oversea...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka cam mintak penampor je
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:31 PM | Show all posts
sukacactus replied at 19-10-2024 10:18 AM
Dia lawyer kan
Wife daim pulak tu, mesti la kaya
Jg kakak kpd pelakon radhi khalid

Kalau loyar pun takde la kayo sampai ratuih jota
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh bukan kaleng2 tunggakan cukai dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya giler...sure duit dalam tabung banyak..bayar limpsum jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 05:41 PM | Show all posts
cukai jer 300 juta... jika cukai in 10 peratus pendapatan, maka pendapatan adalah 3 billion...

.. tapi ini adalah denda, denda lhdn ini besar, barangkali cukai ini untuk pendapatan 1.5 billion
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-10-2024 01:31 PM
Kalau loyar pun takde la kayo sampai ratuih jota

Dah berlakikan daim, mmg le kaya
Xkeje pun kaya kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 19-10-2024 05:56 PM
Dah berlakikan daim, mmg le kaya
Xkeje pun kaya kan

Tu la pasal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.356230 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list