CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14911|Reply: 3

[Tempatan] Gaji minima RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari 2025

[Copy link]
Post time 19-10-2024 06:22 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin serta mengangkat martabat dan mengutamakan rakyat.


Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata inisiatif ini juga membuka peluang bagi majikan yang akan menerima manfaat daripada peningkatan kuasa beli pengguna selepas ini.

"Sukacita dimaklumkan bahawa kadar baharu ini telah dipersetujui secara sebulat suara oleh wakil majikan, wakil pekerja dan kerajaan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan seragam di seluruh negara tanpa mengira wilayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, bermula pada 1 Ogos 2025.


Sim berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) buat julung kalinya akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).


"Garis panduan ini kelak adalah rujukan kepada pekerja dan majikan dalam menentukan kadar gaji permulaan yang sesuai bagi sesuatu pekerjaan," katanya.


Sementara itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dalam kenyataan berasingan menghargai keputusan kerajaan untuk menetapkan gaji minimum baharu pada RM1,700, mengakui cabaran yang dihadapi oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).


Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman jug juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mempertimbangkan keperluan PMKS dan memberikan tempoh pelaksanaan yang munasabah terutamanya bagi perusahaan mikro dengan kurang daripada lima pekerja.


"MEF berpendapat bahawa gaji minimum baharu RM1,700 hanyalah titik permulaan. Kebanyakan majikan membayar gaji di atas gaji minimum, oleh itu MEF menyeru majikan yang mampu untuk membayar gaji melebihi kadar gaji minimum.


"Tiada siapa yang sepatutnya menjadikan gaji minimum sebagai alasan untuk membayar berdasarkan gaji minimum.


"Sebaliknya syarikat akan menggunakan etika dan amalan baik dengan memberikan ganjaran kepada pekerja berdasarkan prestasi pekerja dan perniagaan mereka," katanya.


-- BERNAMA






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2024 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Majikan la tersedak kalau kampeni sendu..
Kalau kampeni kaya patutnya takde masalah.. cuma bos le sejenis nak kaut sumer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:11 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 19-10-2024 07:11 AM
Majikan la tersedak kalau kampeni sendu..
Kalau kampeni kaya patutnya takde masalah.. cuma bos le se ...

untuk elak tersedak, diorang akan 'paksa' pekerja jadi multi-tasking
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list