CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57|Reply: 0

Godam: 'Nur Kasih, awatnya suka cakap separuh-paruh'

[Copy link]
Post time 17-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TAK sangka perbualan dengan seorang pelajar yang bercuti ke kampung halaman kerana cuti pertengahan semester lalu yang kebetulan jatuh pada Aidiladha pada 7 November lalu, membuahkan perbincangan menarik.\rTerharu dan bersyukur sangat penulis bahawa masih ada generasi muda Melayu boleh berhujah dalam hal keagamaan, meskipun ketika mengisi masa antara mencari maklumat untuk tugasan melalui internet dan pada masa sama berhibur.\r\n\n\n\n\rSegala-galanya bermula dengan menyaksikan filem bualan ramai tahun ini, Nur Kasih The Movie yang dikembangkan daripada drama bersiri, Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 dua tahun lalu sehingga melonjakkan nama pelakonnya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak.\r\r\n\n\n\n\nMasih ingat lagi pujian yang diberikan pelajar ini ketika menonton filem itu di pawagam selepas rakan sebayanya mengajaknya menonton dengan menghadiahkan tiket kepadanya, sedangkan setahu penulis filem Melayu adalah filem terakhir menjadi tontonannya jika diberi pilihan.\r“Mak Tam dah tengok tak Nur Kasih The Movie? Tengoklah sementara bercuti. Kalau tak bising, sibuk kerja tak sempat nak menonton televisyen le, wayang le. Dah beli DVD filem tu, tengoklah. Ana tak mahu cerita. Tengok sendiri.”\rPenulis sengaja pancing minatnya untuk berhujah dengan kata-kata berikut, “Alah awak suka Nur Kasih The Movie sebab rakan sekuliah awak kata muka Ana iras Tiz Zaqyah. Siapa tu rakan sekelas awak yang seorang lagi itu, rupanya macam Remy Ishak. Betul tak?”\rUsikan penulis dijawab dengan kenyataan berikut, “Filem ini boleh tahan. Filem Melayu yang lain lagi teruk. Bagi tiket percuma pun tak mahu tengok. Tapi teknik grafik janaan komputer kemalangan di Jordan yang dilalui Nur Amina dan Adam, nampak tak menjadi dan memperbodohkan penonton.\r\n\n\n\n\r“Satu lagi Ana sakit hati bila dengar dialog ustaz yang kata ajaran songsang kalau dia mengajar remaja perempuan tak bertudung. Ada ke lelaki perempuan dalam satu ruang menimba pengetahuan tak boleh? Patutlah orang bukan Islam pandang serong pada agama kita!\r“Mazhab mana yang ustaz itu ikut? Ustaz tu yang songsang dan jumud dalam kaedah berdakwah. Patutlah ramai remaja Melayu kesasar. Tengok Nur Amina dan Adam, walaupun bukan ustaz dan ustazah, tetapi ada kesedaran untuk menyedarkan remaja kelompok malang?”\rHujahnya tidak berhenti setakat di situ, apabila terpandang beberapa brosur iklan busana Muslimah yang mempamerkan wanita bertudung dengan wajah bersolek tebal sehingga tampak seperti anak patung atau perkataan lebih jahat, badut!\r“Kalau ini baru Ana setuju ajaran songsang. Ada ke kalau nak bertudung mesti bersolek tebal. Bedak asas dah nampak macam tepung gomak. Tepung gomak pun masih ada ampun lagi sebab salutan tepung kacang hijaunya masih boleh tertanggal jika bergesel,” katanya separuh mengejek.\rKata-kata Ana mengingatkan penulis pada bicara seorang teman ketika drama bersiri Nur Kasih mengisi slot Zehra pada jam 9 malam di TV3, “Siapa yang ajar seorang imam berdakwah macam tu. Korbankan anak dara orang nak selamatkan anak teruna sendiri yang jauh terpesong!”\rTeman itu berbicara demikian ketika membidas pandangan penulis bahawa persembahan kisah dalam drama berkenaan menarik dan di luar kebiasaan kerana dakwah dilakukan secara spontan, bukannya bersyarah seperti lazim.\rBersempena Aidiladha yang lalu, penulis juga dikejutkan dengan panggilan seorang lagi teman yang meminta artis negara ini khususnya yang mengaku Melayu dan beragama Islam untuk mengambil semangat Hari Raya Korban dengan berkorban sedikit sekali pun dalam mengejar kemewahan.\r“Salbiah apa nak jadi dengan bangsa kita? Awatnya suka cakap separuh-paruh. Pakai baju pun suka separuh-separuh. Terdedah sana terdedah sini. Terselak sana terselak sini. Ceq takut tengok. Takut dosa satu hal. Takut ada yang telanjang bulat nanti bila ‘tali’ terlepas atau terabak dek terlalu ketat.\r“Orang putih berkemban di tengah dunia, filem dan lagu mereka ligat keliling sarwajagat dan duit berkepok masuk kocek. Ceq fahamlah kalau beruk tak reti berpakaian sebab mereka binatang, tapi kita kan manusia! \r“Tak sakit telinga hang pa dengaq bila mereka bercakap. Tak masuk akai betoi tinggal kat Malaysia lebih suku dan separuh abad, tapi cakap Melayu tak tahu. Kalau kata hang pa pendatang marah. Ada dah yang kena tukaq sebab cakap macam ni. \r“Kalu lagu ni la, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tak payah buat Bulan Bahasa Kebangsaan. Menghabiskan duti aje. Rakyat tak mahu berubah, pihak berkuasa tempatan pun lagu yang sama.  Batu Feringhi  dan Tanjung Bungah masih macam tu. Lepas Kuala Lumpur Sentral, tumbuh pula Klang Sentral dan Pudu Sentral. Semua bangunan dan nama jalan berebut-rebut nak guna nama Inggeris.\rPenulis sambut kenyataan teman itu begini, “Tak akan baru hari ini hang perasan. Kan dah lama dah. Apa kata orang kalau buah, dah lama ranum dan silap hari bulan benyek terus bila jatuh terhempas, sampai kupas kulitnya pun dah tak boleh. Rakyat Malaysia sekolah Melayu tak habis, sekolah Inggeris pun separuh jalan.\"

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-7-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051109 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list