CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

MSU perkenal bidang komputer forensik

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KOMPUTER forensik yang juga dikenali digital forensik, adalah antara cabang ilmu forensik membabitkan bukti perundangan  yang ditemui pada komputer dan media penyimpanan digital. Di Malaysia, komputer forensik turut memainkan peranan penting bagi meningkatkan  keselamatan pengguna dalam dunia digital.\rSehubungan itu, kerjaya dalam bidang perkomputeran antara paling berprestij, justeru ramai memilih kursus berkenaan sekali gus memberi impak pada perkembangan industri pekerjaan berkenaan.\r\n\n\n\n\r     Permintaan itu turut memberi dimensi baru apabila cabang perkomputeran semakin meluas dengan penemuan pelbagai bidang sekali gus melonjakkan permintaan majikan dalam sektor kerjaya. Antara hangat diperkatakan kini ialah komputer forensik yang kini menjadi buruan pelbagai sektor.\r\r\n\n\n\n\n     Komputer forensik adalah bidang yang berkait rapat dengan bukti perundangan yang ditemui dalam komputer dan media penyimpanan digital. \rTujuannya menerangkan situasi terkini artifak digital seperti sistem komputer, medium penyimpanan seperti  cakera keras, dokumen elektronik seperti email. \rKomputer forensik juga boleh dikategorikan sebagai penyataan “ apakah informasi yang ada?” yang boleh diguna pakai bagi menangani situasi tertentu. \rForensik komputer juga sentiasa berhubungkait beberapa kategori seperti jaringan forensik, data forensik, multimedia forensik serta telekomunikasi forensik.\rKerjaya ini menjadi pilihan, antaranya;\r1. Membolehkan seseorang yang mempunyai kelayakan komputer forensik menganalisis sistem komputer dalam kes membabitkan perundangan.\r2. Berkemampuan mengenali dan membaikpulih kerosakan data komputer dalam sesebuah organisasi.\r3. Diperlukan organisasi bagi membantu mengesan pencerobohan sistem komputer dan pangkalan data.\r4. Membantu menyediakan organisasi memahami lebih lanjut mengenai fungsi perkomputeran dan langkah-langkah keselamatan data.\rTerdapat beberapa langkah asas perlu diketahui dalam komputer forensik iaitu persediaan penyiasatan, pelbagai data berbentuk digital jika membabitkan aspek perundangan, pemeriksaan, analisis dan pembentangan fakta.\rOleh kerana bidang ini berpotensi sekali gus menjana peluang pekerjaan,  Management & Science University (MSU) membuka peluang kepada pelajar berminat mengikutinya. MSU menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee, mereka akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajaran kondusif memberi bonus kepada pelajar.\rMSU  menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang berkenaan dengan kelayakan minimum digariskan institusi melalui Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-7-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.076156 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list