View: 2873|Reply: 13
|
Duit siling kuno ditemui di Baitulmuqaddis
[Copy link]
|
|
SALAH satu duit siling kuno yang ditemui di belakang Tembok Ratapan di Bandar Lama, Baitulmuqaddis dipamerkan kepada wartawan kelmarin.
BAITULMUQADDIS, Israel - Sepasukan ahli arkeologi Israel menemui sejumlah duit siling kuno dekat Tembok Ratapan di Bandar Lama di sini.
Beberapa ahli arkeologi berkata, duit siling berkenaan yang digunakan sekitar 15 Tahun Masihi ditemui di dalam tempat mandi orang Yahudi di kaki dinding barat Kuil Kedua.
Menurut mereka kelmarin, kuil itu dimusnahkan oleh tentera Rom pada tahun 70 Tahun Masihi.
Semasa penggalian dilakukan, ahli-ahli arkeologi menemui tempat mandi itu yang digelar mikveh.
Ia ditutup dengan batu-bata untuk memberi laluan kepada pembinaan tembok tersebut yang dibina di atas tempat mandi berkenaan.
Siling kuno itu ditemui di bahagian tempat mandi yang tidak ditimbus.
"Sehingga hari ini, adalah dipercayai bahawa semua tembok berkenaan telah dibina oleh Raja Herod," kata seorang pakar arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shakoun yang mengetuai kerja-kerja menggali bersama Profesor Ronny Reich dari Universiti Haifa.
"Apabila kami menemui duit siling ini yang bertarikh 20 tahun selepas kematian Raja Herod, kami merumuskan bahawa bukan raja berkenaan yang membina bahagian tembok ini," katanya. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak nampak mcm duet pung!! |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm kurma kering jer...laku ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
cam kudis jer |
|
|
|
|
|
|
|
Berapakah nilai siling ni kalau convert ke US$? |
|
|
|
|
|
|
|
so apakah Zionis nak klaim plak, cam indon tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
oooo duit syiling ni memang nampak macam kurma kering..tak pun buat zaiton kering... |
|
|
|
|
|
|
|
ketuat siapa la tu diclaim si yahud sebagai duit kuno
sini duit tu aku nk jual kt kedai besi buruk, kot2 laku sekupang dua |
|
|
|
|
|
|
|
berapa juta tahun dah duit nie??? |
|
|
|
|
|
|
|
lama sangat smpai jadi camtu |
|
|
|
|
|
|
|
apara toon sangat budak2 dalam ni
jaman tu jaman awai masihi, jaman nabi isa mmg la duit tu bentuk lagu tuh jadinya...tok nenek melayu jaman ritu ntah2 bentuk monyet hutan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
macam buah prune Sunsweet. |
|
|
|
|
|
|
| |
|