CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

KL, Terengganu juara keseluruhan

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Shell pupuk pelajar jadi pengguna jalan raya yang bijak\rPERTANDINGAN Pendidikan Lalu Lintas Shell Sekolah-sekolah Malaysia 2011 mencatat sejarah tersendiri apabila pasukan yang mewakili dua negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Terengganu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan.\r\n\n\n\n\r  Kemenangan itu diumumkan selepas kedua-dua pasukan berkenaan memperoleh jumlah markah sama pada pertandingan akhir berlangsung di Litar Lalu Lintas Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini. \r\r\n\n\n\n\n  Program anjuran bersama Shell Malaysia, Kementerian Pelajaran dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) membabitkan kuiz komputer, ujian bertulis dan pertandingan litar. \rLatihan amali di litar yang juga acara utama dibahagikan kepada kategori pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu kereta pedal. \rMarkah yang dikumpul pada pertandingan litar bagi sekolah rendah dan menengah dicampurkan untuk memilih juara keseluruhan.\rKategori sekolah rendah menyaksikan pasukan Negeri Sembilan menduduki tempat pertama diikuti Terengganu kedua dan Melaka ketiga.  Pasukan WPKL mengungguli kategori sekolah menengah diikuti Perak kedua dan Melaka ketiga.\r\n\n\n\n\rPemenang pertama, kedua dan ketiga setiap kategori masing-masing menerima wang tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 serta trofi, medal, hadiah iringan dan sijil penyertaan.\rHadiah disampaikan Yang Dipertua MKJR WPKL yang juga Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup. \rHadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, Shell Malaysia, Rowina Ghazali dan Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran WPKL, Tajudin Mohd Mor.\rPasukan WPKL mengekalkan gelaran juara tahun lalu, menyifatkan kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua ahli pasukan yang sama-sama mengatur strategi mengurangkan bilangan saman sepanjang menyertai pertandingan amali di litar.\rKetua pasukannya, Muhamad Aizat Maszalan, berkata setiap ahli pasukan sentiasa diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sebarang kesalahan yang mungkin boleh menyebabkan disaman.\rStrategi itu, kata pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John ini, berjaya meminimumkan saman kesalahan trafik yang diterima pasukan sekolah menengah sehingga membolehkan mereka mengekalkan kejuaraan.\r“Walaupun pasukan sekolah rendah WPKL tidak berada di tiga tempat teratas, kami tetap berbangga dengan mereka kerana masih menunjukkan semangat juang, keyakinan tinggi dan kerjasama padu. \r“Pasukan kami memiliki kelebihan kerana berpeluang berlatih di litar yang menjadi lokasi pertandingan peringkat kebangsaan,” katanya.\rSementara itu, Rowina dalam ucapannya, berkata Shell memperuntukkan lebih RM1 juta setiap tahun bagi menjayakan program berkenaan di seluruh negara.\rBeliau berkata, program bertujuan mendidik peserta terutama generasi muda menjadi pengguna jalan raya yang mengutamakan aspek keselamatan setiap masa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.380306 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list