CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

Dunia Buku: Language in Danger

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Menyorot kehilangan, kematian bahasa\rINFO: Language in Danger\r\n\n\n\nPenulis: Andrew Dalby\rHalaman: 329 halaman\rTerbitan: Penguin Books\r\n\n\n\n\nHarga: RM90\rBintang: ***** (5 bintang)\rAGAK sukar menjadi manusia angkuh sehingga memandang rendah bahasa ibunda dan etnik sekiranya membaca buku tentang evolusi bahasa daripada sudut sejarah dan masa depan seperti Language in Danger karya Andrew Dalby ini.\rMelainkan individu itu mempunyai kepentingan ekonomi yang sempit atau memang sifatnya bodoh sombong, membaca buku ini menginsafkan apabila ia menguak pintu sejarah panjang bahasa yang saling berkembang dan berinteraksi, kemudian bertahan dan menguasai yang akhirnya hilang, terserap atau menjadi unggul.\rDengan gaya penulisan popular, buku ini menyorot bahasa daripada pelbagai sudut dan dimensi daripada hubungannya dengan manusia dan perubahan serta kaitannya dengan masyarakat penutur asal dan negara yang mempunyai bahasa kebangsaannya.\rProlognya saja sudah menggugah sensitiviti pembaca terhadap kemandirian bahasa itu khususnya bahasa ibunda apabila menyuguh ramalan 2,500 daripada 5,000 bahasa akan hilang dalam tempoh 100 tahun, iaitu kira-kira satu bahasa setiap dua minggu.\rBagi pembaca yang merasakan ramalan itu hanya diperbesar-besarkan, buku ini memulakannya dengan premis mudah betapa ibu bapa di setiap negara semakin kurang mengajar bahasa ibunda yang minoriti kepada anak mereka, manakala sekolah pula menekankan bahasa kebangsaan dan bahasa antarabangsa secara hebat.\rTidak hairanlah, Language in Danger memberikan tumpuan kepada bahasa Inggeris dengan melihat ia berkembang daripada ‘datuk’nya, Proto-Jerman bertemu dengan Celtic (bahasa yang tidak direkod), selain menerima pengaruh bahasa Latin dan akhir sekali bahasa Perancis, sebelum merebak ke seluruh dunia melalui imperialisme.\rSekiranya masih kurang yakin dalam isu imperialisme bahasa, Dalby mengimbau sejarah empayar Rom yang ‘membunuh’ kira-kira 50 bahasa di Eropah apabila bahasa Greek dan Latin meratahnya lewat dominasi kuasa politik, ekonomi, status sosial dan pendidikan.\rTerlepas daripada nasib malang itu adalah dua bahasa penting di Eropah ketika itu, Gaul atau Gaulish (timur dan utara Perancis) dan Punic (selatan dan pantai timur Semenanjung Sepanyol) yang akhirnya ditelan empayar Rom kerana penutur aslinya tidak mempunyai kesedaran dan kekuatan untuk mempertahankannya.\rProses kehilangan bahasa di Eropah di tangan Rom mungkin sukar untuk dilihat secara terperinci apabila bahasa yang mati itu tidak meninggalkan sebarang nesan, tetapi proses yang sama akibat imperialisme bahasa Inggeris khususnya melalui penjajahan dan globalisasi terbentang di hadapan kita.\rBahasa Inggeris mempunyai sejarah ‘pembunuhan bahasa’ yang paling buruk dalam dua tiga abad kebelakangan ini termasuk ‘pembersihan etnik’ di Australia yang menyebabkan bahasa Tasmania pupus hampir serta-merta apabila etnik penuturnya diburu dan dibunuh oleh imigran-kolonial Inggeris.\rDalby memetik ahli linguistik Australia, RMW Dixon: Pada 1803, sekurang-kurangnya ada lapan bahasa berlainan di Tasmania tetapi hanya beberapa bahagian yang sempat direkod sebelum penuturnya mati atau dibunuh.\rCalifornia, Amerika Syarikat (AS) menjadi makmal bahasa paling baik untuk kajian ‘kepupusan bahasa’ apabila daripada 98 bahasa yang pernah dituturkan, bahasa yang sudah tidak mempunyai penutur adalah sebanyak 45; bahasa yang mempunyai seorang hingga lima penutur (17) dan hanya penutur tua (36).\rAntara sebab penting untuk menyekat kepupusan bahasa, Dalby menegaskan, kita memerlukan ilmu pengetahuan yang dipelihara dan beredar dalam sesuatu bahasa kerana setiap bahasa menyimpan pengalaman budaya berhubung sumber alam yang sebenarnya mempunyai nilai saintifik dan bermanfaat kepada manusia.\rContohnya etnobotani termasuklah perubatan herba etnik Shoshoni di California yang menyumbang kepada perubatan moden seperti tumbuhan bersusu me’eppeh tepuhi untuk rangsangan penyusuan ibu dan tumbuhan renek kwitaweyampeh (pendarahan usus serta berpotensi untuk agen anti-barah).\rBuku setebal 329 halaman terbitan Penguin Books berupaya menyedarkan pembaca untuk memelihara bahasa ibunda dan mengangkatnya sebagai bahasa ilmu, politik dan ekonomi, sekali gus mengingatkan kepupusan bahasa bukanlah dongeng atau ramalan yang tidak berasas.\rProfil Penulis: Pakar bahasa dari Barat ke Timur\rANDREW Dalby dilahirkan di Liverpool, United Kingdom pada 1947, mempelajari bahasa Latin, Perancis, Greek dan Rom di Bristol Grammar School dan Universiti Cambridge, sebelum berkhidmat di perpustakaan universiti itu selama 15 tahun.\rPerkhidmatan itu memberi peluang kepadanya mengkaji bahan daripada Asia Selatan dan Asia Tenggara, manakala pembabitannya dalam Koleksi Scott dari Burma dan Indochina mendorongnya belajar bahasa Sanskrit, Hindi dan Pali.\rSelepas meninggalkan Cambridge, beliau membantu pembinaan Perpustakaan Kolej Regent dan pengubahsuaian London House di Kolej Goodenough serta menjadi Pustakawan Kehormat Institute of Linguists, sebelum menyelesaikan PhD di Kolej Birkbeck, London dalam bidang sejarah kuno.\rSelain buku mengenai bahasa seperti Dictionary of Languages dan Guide to World Language Dictionaries, Dalby turut menghasilkan buku mengenai sejarah makanan, iaitu Siren Feasts yang memenangi Anugerah Runciman 1995, selain The Classical Cookbook, Dangerous Tastes serta Flavours of Byzantium.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full catalogue baju raya LR???
aysia19Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full c
Views : 13006 Replies : 58
Anak sulung kahwin si bongsu pasangan paling ideal.Anda setuju?
YgBenarAnak sulung kahwin si bongsu pasangan pa
Views : 9964 Replies : 42
Tandas duduk vs Tandas cangkung
YgBenarTandas duduk vs Tandas cangkung
Views : 15221 Replies : 16
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 15268 Replies : 148
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 352517 Replies : 8717
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 72114 Replies : 391
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 43014 Replies : 82
Your Bucket List
chesfaYour Bucket List
Views : 50140 Replies : 127
Gempar Katil! Jufazli Kini Perangi Idolanya Sendiri!!! ~ Gudbai PMX
tumpanglalu74Gempar Katil! Jufazli Kini Perangi Idola
Views : 24624 Replies : 9
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 108942 Replies : 2937

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.135292 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list