CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Khalid Samad: Keluar dewan bantahan paling keras

[Copy link]
Post time 2-12-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Pada 26 November yang lalu saya telah selamat tiba ke tanah air dari Gaza dan Mesir pada jam 6 petang.  Setelah pulang ke rumah berehat; pada keesokan harinya 27 November saya telah hadir ke majlis walimah di Sek 17 pada sebelah tengah hari, program semarak hijau di Selayang pada sebelah petang dan program Maal Hijrah di Masjid As-Solihin Sek 17 pada waktu malam.  Pada hari Isnin 28 November pula saya sempat bersama dengan Dr.Rani untuk bersarapan dan pada waktu malam berkesempatan menghadiri Barbeque bersama unit Amal di Seksyen 19.RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMANPada 29 November saya telah hadir ke Parlimen.  Rang Undang-undang yang ingin dibahas adalah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.  Amat jelas dari awal lagi, bahawa RUU ini bertujuan bukan untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, tetapi sebaliknya bertujuan untuk menyulitkannya.  Sedangkan gambaran yang diberi oleh pihak kerajaan ialah ianya bertujuan untuk menjamin hak rakyat untuk berhimpunan secara aman akan lebih terjamin!  Seperti biasa, ianya indah khabar dari rupa!Pendirian PR adalah RUU perlu ditarik balik dan diserah kepada sebuah PSC (Parliament Select Committee) untuk dibahas dengan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.  Ini adalah kerana RUU ini digubal secara tergesa-gesa dan dengan niat yang jahat untuk mengongkong rakyat.  Maka, setelah menyatakan pendirian ini, kami telah memutuskan untuk meninggalkan dewan kerana tidak bermakna untuk kita menyatakan ianya perlu ditarik balik dan dibahas di peringkat PSC tetapi kita terus membahasnya di dalam dewan!  Sekiranya PR terus membahaskannya di dalam dewan, maka tindakan tersebut akan bercanggah dengan pendirian yang telah dibuat sendiri!Ada yang menyatakan bahawa ahli parlimen PR perlu terus membahasnya dan menentangnya sehingga ke peringkat pengundian.  Apabila kita keluar dewan dengan melakukan \"walk-out\" maka dianggap bahawa kita tidak menentangnya habis-habisan.  Mereka yang bertanggapan sebegini mungkin tidak memahami bahawa \"walk-out\" merupakan bentuk bantahan yang paling keras yang boleh digunakan oleh Ahli Parlimen di dalam sebuah negara yang berpelembagaan.  Ianya menunjukkan bahawa perbahasan isu dalam keadaan sedemikian sebagai sia-sia serta tidak bermakna kerana pihak kerajaan tidak mahu mendengar apa jua hujjah dan akan menggunakan majoriti mereka untuk memaksa RUU yang zalim itu untuk terus diluluskan.Perancangan mereka jelas kelihatan apabila Ahli Parlimen BN mula kembali dari Perhimpunan UMNO di PWTC pada jam 3.30 petang.  Mereka hadir di Perhimpunan UMNO, tidak dengar apa jua hujjah dan datang sebelum pukul 4 untuk mengundi menyokong RUU tersebut.RANG UNDANG-UNDANG PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIAPada hari Rabu 30 November pula, RUU yang dibahas adalah RUU berhubung Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau PR1MA.  Sekali lagi ianya merupakan RUU yang indah khabar dari rupa.  Kononnya ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat termasuk persoalan projek perumahan terbengkalai dan harga rumah yang meningkat jauh lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli rakyat.  Namun itu hanya suatu \"mirage\" atau jelmaan imej yang ingin ditonjolkan.  Pada hakikatnya, ianya hanya RUU untuk menubuhkan satu lagi perbadanan tanpa adanya kaedah dan pendekatan penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.Sedangkan badan-badan untuk menangani persoalan ini sudah sedia ada, seperti SPNB dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  Yang tiada bukan satu perbadanan, tetapi yang tiada adalah hala tuju yang jelas dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah.  RUU ini kelihatan bertujuan untuk menipu rakyat, memberikan gambaran kerajaan perihatin sedangkan pada hakikatnya tiada apa yang dilakukan.Ketua Pembangkang menyebut tentang suatu pakatan durjana atau dikenali sebagai \"unholy alliance\" yang terdiri dari pihak pemaju, bank dan pemimpin politik yang terus menindas rakyat demi kepentingan golongan yang berada.  Dan inilah di antara faktor terutama mengapa masalah ini dihadapi oleh rakyat.  Perbadanan baru ini tidak akan menghasilkan apa-apa perubahan selain dari perbelanjaan yang lebih kerana membayar gaji CEO dan kakitangan perbadanan ini.  Penyelesaiannya terletak pada pemusnahan pakatan durjana ini sehingga kepentingan rakyat diutamakan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full catalogue baju raya LR???
aysia19Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full c
Views : 13006 Replies : 58
Anak sulung kahwin si bongsu pasangan paling ideal.Anda setuju?
YgBenarAnak sulung kahwin si bongsu pasangan pa
Views : 9964 Replies : 42
Tandas duduk vs Tandas cangkung
YgBenarTandas duduk vs Tandas cangkung
Views : 15221 Replies : 16
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 15268 Replies : 148
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 352517 Replies : 8717
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 72114 Replies : 391
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 43014 Replies : 82
Your Bucket List
chesfaYour Bucket List
Views : 50140 Replies : 127
Gempar Katil! Jufazli Kini Perangi Idolanya Sendiri!!! ~ Gudbai PMX
tumpanglalu74Gempar Katil! Jufazli Kini Perangi Idola
Views : 24624 Replies : 9
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 108942 Replies : 2937

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053439 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list