View: 112|Reply: 0
|
Taliban Pakistan lemah, pokai
[Copy link]
|
|
Tanda pertama keretakan puak muncul selepas Mehsud dibunuh 2009\rISLAMABAD: Kumpulan Taliban Pakistan yang pernah berhadapan dengan operasi tentera dan serangan udara Amerika Syarikat dilaporkan berpecah kepada lebih 100 kumpulan serpihan kecil, semakin lemah dan menghadapi masalah kewangan, kata pegawai keselamatan, penganalisis dan penduduk puak.\r\n\n\n\n\rKumpulan dikenali sebagai Tehrik-e-Taliban atau TTP, Taliban dengan matlamat menggulingkan kerajaan disokong Amerika Syarikat dan mewujudkan sistem pemerintahan Islam. \r\r\n\n\n\n\nMereka juga mempunyai cita-cita antarabangsa dan melatih rakyat Pakistan di Amerika Syarikat yang cuba meletupkan sebuah bom kereta di Times Square, New York City pada 2010.\r“Hari ini, struktur arahan TTP berpecah dan lemah. Mereka juga kekurangan wang,” kata seorang penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Kawasan Puak Di Bawah Pentadbiran Persekutuan (FATA), Mansur Mahsud.\r“Perkembangan ini dijangka dapat membantu tentera dan kerajaan kerana Taliban sudah berpecah.”\rMahsud berkata, tanda pertama keretakan dalam Taliban Pakistan muncul selepas pemimpinnya, Baitullah Mehsud dibunuh dalam satu serangan udara pada Ogos 2009.\r\n\n\n\n\rDitubuhkan pada 2007, Taliban Pakistan adalah pertubuhan payung diwujudkan untuk mewakili kira-kira 20 kumpulan pemisah di kawasan puak termasuk ibu pejabat kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaida, di wilayah timur Punjab, Pakistan.\r“Di kawasan berbeza, pemimpin membuat rundingan mereka sendiri dengan kerajaan. Ia boleh membantu kerajaan Pakistan dan tentera membawa lebih banyak pemimpin dari TTP dan lebih banyak askar dari komander mereka,” Mahsud.\rPerang meletus apabila kumpulan militan melarikan diri daripada operasi tentera Pakistan ke wilayah dikawal militan lain yang kadang kala mencetuskan pertempuran sesama sendiri. \rFaktor lain yang menyebabkan perpecahan adalah strategi pecah dan tawan oleh tentera Pakistan ketika menghadapi militan. Komander melarikan diri dari TTP dan membentuk serpihan mereka sendiri, melemahkan pertubuhan itu Pertempuran tercetus di kalangan kumpulan serpihan dan di wilayah puak tertentu di pedalaman. \rPada masa sama Insititusi Bagi Pengajian Damai Pakistan berkata beberapa petunjuk memberi isyarat ada militan mahu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan manakala yang lain menawarkan untuk menghentikan pertempuran.\r“Perkembangan ini mungkin menjelaskan mengapa serangan bunuh diri kian berkurangan di negara itu sejak akhir-akhir ini,” kata seorang pegawai institusi itu.\rAmerika Syarikat mahu melihat manfaat di negara jiran Afghanistan di mana tenteranya menjadi mangsa serangan militan di kawasan sempadan di Pakistan. \rPasukan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan cuba untuk memecah pengganas di Afghanistan sebelum menamatkan misi serangan pakatan diketuai Amerika Syarikat pada 2014.\rBagaimanapun sehingga kini, tiada bukti bahawa keretakan dalam struktur militan di Pakistan membantu tentera NATO dan Amerika Syarikat. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|