CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Motivasi bersama Sheikh Muszaphar

[Copy link]
Post time 7-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Temui Angkasawan Negara di Shah Alam, Sabtu ini\rCERAMAH motivasi daripada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, pastinya menjadi tarikan peserta Konvensyen Kecemerlangan Peperiksaan Berita Harian yang dijadual berlangsung di Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r   Kira-kira 400 peserta membabitkan murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Dua dan Empat yang akan mengambil peperiksaan awam tahun depan sudah mendaftarkan diri dan dijangka 100 lagi berbuat demikian pada saat akhir.\r\r\n\n\n\n\n  Masing-masing adalah calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012.\rIni adalah peluang pelajar berinteraksi dan bermesra bersama Angkasawan Negara di samping memanfaatkan cuti persekolahan dengan kegiatan berfaedah sebelum sesi persekolahan bermula 4 Januari ini.\rMotivasi satu jam itu bukan saja dihadiri pelajar di sekitar Lembah Klang malah ramai pelajar dari negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung sudah mendaftar.\rKonvensyen julung kali anjuran Berita Harian dengan kerjasama MSU itu bertujuan memberi peluang pelajar dan ibu bapa mendapat gambaran jelas program anjuran Unit Pendidikan seperti Klinik UPSR, Seminar/Bengkel PMR dan SPM.\r\n\n\n\rPengerusi konvensyen berkenaan, Ridzuan Yop, berkata program sedemikian dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar mengenai pentingnya persiapan awal menjelang peperiksaan tahun depan.\r“Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengajukan soalan kepada penceramah mengenai kelemahan dan faedah yang diperoleh melalui klinik dan seminar yang akan dianjurkan,” katanya.\rTimbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan konvensyen berkenaan.\rYuran penyertaan RM50 untuk seorang peserta bersama ibu atau bapa.\rMereka yang berminat boleh menghubungi Zainon Kadim atau Mariayahtul Kibtiyah Ree dan Norliza Abdullah melalui talian 03-20569772 atau 03-20569780.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.167233 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list