CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 2

Mewah Bahasa: Budak Indon

[Copy link]
Post time 7-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PADA hari pendaftaran masuk di sebuah kolej swasta di ibu kota, Asyraf ditempatkan dalam bilik asrama. Sedang Asyraf berbual-bual dengan Amirul, tiba-tiba seorang pelajar masuk ke bilik tersebut ….\rIrfan: Hello, ini kamar A-4-8 ya?!\r\n\n\n\n\rAsyraf: Ya ….\r\r\n\n\n\n\nIrfan: Oh! Ini kamar sayalah ya?!\rAsyraf: Haa … kalau gitu kita ni room matelah. Eh!! Masuklah, bawa beg tu masuk ….\rIrfan: Ya, ya … tapi sebentar tadi katanya satu kamar berdua.\rAsyraf: Ya! Berdua ….\r\n\n\n\rIrfan: Tapi ….\rAsyraf: Ooo …. Yang ini kawan saya, dia bilik lain. Dia datang lepak-lepak kat sini …. Eh! Lupa pulak, saya Asyraf dan yang ni kawan saya Amirul.\rIrfan: Ya! Selamat berkenalan, saya Irfan, dari Indonesia.\rAmirul: Ooo ... dari Indonesia?! Kenapa belajar kat sini?\rIrfan: Ini kolej internasional, diiktiraf seluruh dunia. Dibandingkan dari negara lain, feesnya lebih murah dan kos hidup juga lebih murah jika dibanding dengan Singapore dan Australi.\rAmirul: Patutlah ramai  budak Indon belajar kat sini ….\rIrfan: Eh! Maaf ya, tolong jangan hina kami seperti itu!\rAmirul: Hina? Siapa yang hina?\rIrfan: Itu … perkataan itu!! Kami dari Indonesia bukan budak!! Orang Malaysia sering menghina kami sebagai budak.\rAsyraf: Bukan, kami tak pernah hina orang Indon, orang Indon yang selalu hina kami. Tengok masa sukan SEA, orang Indon hina lagu kebangsaan kami!! Apa yang orang Indon marah sangat kat orang Malaysia ni?\rIrfan: Masakan tidak marah! Kami sering dihina seperti ini, sering digelar sebagai budak dan kami juga digelar Indon. Ini yang kami marah!!\rAmirul: Aik!! Panggil budak pun marah?!\rIrfan: Hah!! Siapa yang tidak marah jika digelar budak??\rAsyraf: Eh! Nak marah apa pulak? Biasalah kita panggil budak. OK ... janganlah kita bergaduh, kita baru aja berjumpa dan berkenalan dan akan jadi rakan sekursus selama tiga tahun kat sini. Rasanya ni semua salah faham aje ni ….\rAmirul: A’ a, laa … buat apa gaduh-gaduh, mari kita selesaikan ….\rIrfan: Ya, ya, … tapi hati saya dan hati rakyat Indonesia terluka apabila digelar budak. Memang benar, sangat ramai orang Indonesia bekerja sebagai buruh dan pembantu rumah tangga di sini, tetapi kami bukan budak, kami adalah pekerja!!\rAsyraf: Eh!! Apa yang jadi isu sangat pasal perkataan budak ni?? Apa makna budak ni dalam bahasa Indonesia?\rIrfan: Budak, bagi kami di Indonesia sama ertinya dengan slave dalam bahasa Inggeris!!\rAmirul: Oooo ... patutlah marah sangat!! Mereka ingat kita mengata mereka tu sebagai hamba abdi sebab banyak bekerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah.\rAsyrafl: Laa … gitu ke?! Kami bukan maksud macam tu. Kami di sini, budak tu maksudnya orang muda dan kadangkala juga bermaksud orang. Kalau dikatakan budak Indon, maksudnya orang Indonesia atau orang muda Indonesia. Tak ada maksud tak baik pun.\rAmirul: Haa …. Betul tu Irfan, kita pelajar kolej ni pun orang akan panggil budak kolej, yang masih bersekolah di panggil budak sekolah.\rIrfan: Ooo …. Begitu ya?! Bahasa kita serupa tapi tidak sama, maka terjadilah salah faham!! Tapi ada satu lagi yang orang Indonesia tidak suka ….\rAmirul: Apa pulak lagi??\rIrfan: Gelaran Indon itu, kami tidak suka, seolah-olah memperkecilkan bangsa kami!!\rAsyraf: Habis tu nak panggil apa?\rIrfan: Dengan penuh, Indonesia ....\rAmirul: Huh!! Sensitif betul orang Indonesia ni.\rIrfan: Ya, kami sensitif kerana kami punya semangat patriotik yang tinggi!\rAmirul: Ya, ya ... yang itu saya setuju!! Orang Malaysia kurang semangat patriotik ….\rGlosari\rBudak   -     (Indonesia) hamba abdi\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan  juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 11:36 AM | Show all posts
Satu penulisan dan maklumat yang amat berguna. Terima kasih kpd tt
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 11:47 AM | Show all posts
malingsial tu apa pula maksudnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052449 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list