View: 162|Reply: 0
|
Konvensyen Kecemerlangan Peperiksaan: Maklum balas ibu bapa penting
[Copy link]
|
|
IBU bapa perlu memanfaatkan program bimbingan peperiksaan Konvensyen Kecemerlangan Peperiksaan sebagai medan memperoleh maklumat tambahan serta panduan mendidik anak yang akan menduduki peperiksaan awam pada 2012.Pengerusi Konvensyen, Ridzuan Yop, berkata konvensyen itu memberi ruang ibu bapa serta penjaga mengetengahkan idea di samping bertukar fikiran menerusi sesi soal jawab bersama penceramah yang terdiri dalam kalangan guru pakar.\n\n\n\n Beliau berkata, perbincangan dua hala itu membentuk persefahaman yang menyeluruh selain mewujudkan hubungan erat antara guru dengan anak masing-masing.\n\n\n\n\n Konvensyen itu katanya, adalah lanjutan seminar peperiksaan anjuran Unit Pendidikan, Berita Harian yang dilaksanakan sejak 17 tahun lalu.“Klinik UPSR untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Seminar dan Bengkel Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terbukti memberi bimbingan bersepadu kepada calon.“Maklum balas daripada ibu bapa penting sebagai usaha Unit Pendidikan ke arah penambahbaikan programnya selaras visi Berita Harian `Memperkaya Ilmu Merangsang Minda’,” katanya.Beliau berkata demikian ketika meninjau persiapan konvensyen di Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, semalam.\n\n\nKonvensyen yang akan dihadiri 1,000 peserta iaitu 500 calon UPSR PMR dan SPM yang akan menduduki peperiksaan tahun depan. Masing-masing datang bersama, ibu, bapa atau penjaga.Majlis akan dirasmikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan rasmi ke Australia.Konvensyen itu juga mengetengahkan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memberi motivasi kepada peserta `Ke Arah Kecemerlangan’.Mereka yang berminat boleh menghubungi Zainon Kadim atau Mariayahtul Kibtiyah Ree dan Norliza Abdullah melalui talian 03-20569772 atau 03-20569780.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|