Post Last Edit by perang_sivil at 11-12-2011 00:57
SEORANG pekerja menunjukkan sirip ikan yu yang dipotong di sebuah kilang memproses ikan di Kaohsiung, selatan Taiwan pada November 15 lalu. - Reuters
TAIPEI - Pemerintah Taiwan akan menguatkuasakan larangan memotong sirip ikan yu menjelang tahun depan sekali gus undang-undang pertama seumpamanya di Asia. Larangan itu bagi menamatkan perbuatan memotong sirip ikan yu dan membuang haiwan berkenaan ke laut yang menjadi amalan nelayan tempatan. Walaupun Taiwan merupakan sebuah pulau kecil berhampiran tanah besar China, ia memiliki industri sirip ikan yu keempat terbesar di dunia. Sebelum ini, banyak pertubuhan bukan kerajaan menyelar perbuatan tersebut yang disifatkan kejam terhadap binatang. - Agensi |