CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3748|Reply: 19

Peon miliki harta berjuta

[Copy link]
Post time 13-12-2011 10:14 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra.
      
NEW DELHI: Seorang pekerja  sebuah majlis kerajaan  tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam  selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak.
Narendra Deshmukh, 53,  bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu.  Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia  jutawan yang  memiliki empayar  perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata.  Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara  rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.

Bagaimanapun, polis yang menyerbu rumahnya menemui bukti dia memiliki hartanah bernilai lebih RM2.5 juta, rangkaian perniagaan, termasuk sebuah ladang, kedai menjual daging dan perniagaan memproses ayam bernilai  kira-kira RM1 juta.
Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.

Ketika polis tiba di rumah Narendra di Goverdhan Dham, mereka melihat anggota keluarganya cuba membuang barangan kemas dan wang tunai dengan mencampakkannya ke laman jiran.

Detektif percaya, sepanjang menjadi peon, Narendra bersubahat dengan pegawai kanan yang mereka syaki terbabit dalam kegiatan rasuah lebih besar.


Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.

Bagaimanapun, polis terkejut dengan  kekayaan melampau Narendra.

Timbalan Superintendan Polis Madya Pradesh, OP Sagoria berkata: “Sejumlah besar hartanya sudah dinilai.  Peti simpanan banknya juga akan diperiksa.  Kami juga akan menghantar pegawai ke Mumbai, Jalgaon dan Gurgaon untuk menyiasat secara terperinci kekayaannya.” - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2011 10:16 AM | Show all posts
keje sabagai Mat Peon dah kolek jotaan ringgit hasil rasuh tapi masih bekerja sebagai Mat peon lagi... mengaburi mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 10:35 AM | Show all posts
laaa... ingat dapat secara halal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:01 AM | Show all posts
biasalah India....
macam dlm filemnya jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:06 AM | Show all posts
bengong....dah byk harte pun tamak nak keje peon gi...kan dah kene tangkap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:13 AM | Show all posts
perghhhhh jutawan siakkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2011 11:14 AM | Show all posts
ggiler ah..................
bagi aku sikit.........
lupa lak.x halal laaa..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 01:00 PM | Show all posts
Peon yang berwawasan tinggi untuk jadi jutawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 07:43 PM | Show all posts
Huhuhu, ingatkan kat Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:19 PM | Show all posts
peon opis aku bini dua lagi... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:39 PM | Show all posts
sian..yg dikendong brciciran..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:37 PM | Show all posts
sapalah peon tu pau..kaya giler
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:58 PM | Show all posts
Pokcik kayap
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 09:14 AM | Show all posts
Peon aku pakai camry, aku mampu beli cadbury jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:44 AM | Show all posts
apa nk d herankan..kt msia pon ada jugak yg takat pass spm je jadi jotawan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:03 PM | Show all posts
Kat Malaysia pun sure ada punya ..cuma tak dapat dikesan aje.

Ada yang kena report tapi tak kena apa-apa pun!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 02:22 PM | Show all posts
peon opis aku hari2 bawak audi...paling cikai pun CAMRY..hehehe tapi bos punya la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 02:24 PM | Show all posts
teringat filem jutawan fakir.akahksss
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 06:32 PM | Show all posts
wwwwwwwwwwwwwwwoooooooooow
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 07:10 PM | Show all posts
Wow, he at.. cemanalah boleh kumpuk sebanyak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.855057 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list