View: 2562|Reply: 13
|
Negeri Jharkhand di India ada Jhollywood
[Copy link]
|
|
| AKTRES Varsha Lakra menyolek mukanya sendiri di dalam kereta sebelum penggambaran filem bermula di Ranci, Jharkhand, India pada 23 Oktober lalu.
|
RANCHI, India - Los Angeles ada Hollywood, Mumbai mempunyai Bollywood tetapi di negeri Jharkhand yang terletak di timur India memiliki industri filemnya sendiri dikenali sebagai Jhollywood.
Terletak di negeri paling miskin dan penuh dengan keganasan, industri perfileman Jhollywood beroperasi dengan bajet kecil.
Kekangan kewangan menyaksikan bintang-bintang filem Jhollywood menyolek muka sendiri manakala muzik latar dimainkan daripada telefon bimbit.
"Inilah masalah terbesar yang dihadapi pelakon Jhollywood, anda perlu memakai mekap sendiri, menggunakan kostum sendiri, pendek kata, anda perlu melakukan semuanya sendiri," kata bintang filem utama Jhollywood, Varsha Lakra sambil tersenyum.
Lakra dan suaminya yang juga seorang pelakon, Monuraj, 25, popular dan kerap diserbu peminat di negeri itu.
"Baru-baru ini saya keluar bersama keluarga saya dan beberapa wanita tempatan melihat kami. Mereka menarik saya dan tidak mahu melepaskan saya. Mereka berulang kali mempelawa saya makan di rumah mereka," katanya.
Sebagai bintang filem Jhollywood, Lakra memberitahu, dia menerima pendapatan sekitar 30,000 rupee (RM1,805) untuk setiap filem lakonannya.
"Filem kami menggambarkan budaya kami dan budaya kami bukannya glamor," kata Lakra.
Namun, menurutnya, pembikin-pembikin filem Jhollywood bangga menceritakan kehidupan penduduk berkasta rendah dan puak-puak di negeri berkenaan.
Mereka menerbitkan filem dengan menggunakan peralatan minimum dan bajet yang amat kecil iaitu sekitar 250,000 rupee (RM15,043) hingga 500,000 rupee (RM30,106).
Penerbit filem Jhollywood pula mendapatkan modal dengan menjual apa sahaja barangan milik mereka termasuk tanah dan kereta. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARAP FILEM NI BOLEH MELETOPPS MCM KL GENGSTER.. NAK SEARCH KAT TENET LA FILEM -FILEM KELUARAN Jhollywood |
|
|
|
|
|
|
|
hambek ko,leher dah mcm kuda belang dah
inila akibatnya tak dak mekap retis professional |
|
|
|
|
|
|
|
sian semua kena buat sendiri.... tu pun gigih gak diorang buat pilem..syabbas bettey |
|
|
|
|
|
|
|
waa.. x sangka kehidupan mereka meriah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
peralatan memang ringkas giler....
music latar dimain daripada HP |
|
|
|
|
|
|
|
filem kita wajah kita... itu yg dorang nak sampaikan... tak kisah lah budget filem kecik, tapi penerimaan masyarakat terhadap filem dorang yg dititikberatkan... mesti dorang buat filem laku... janji semua orang happy dan retis tak demand tinggi... bersesuaian dgn tahap ekonomi dorang.... |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki dimana-mana..... |
|
|
|
|
|
|
|
rambut kaler merah uooolllsss.... |
|
|
|
|
|
|
|
tangan dia tak sampai nak touch up belakang leher dia...tu yang ada 2 tona tu..
anyway..good job..at least diaorng ada inisiatif utk mengasilkan karya and mempamerkan bakat n kebolehan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|