CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Anugerah Hadiah E-Sastera.com

[Copy link]
Post time 19-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ANUGERAH Khas Kegiatan Dampak Tinggi yang julung kali diperkenalkan pada Anugerah Hadiah E-Sastera.com (HESCOM) yang masuk tahun kesembilan tahun ini, menjadi milik penyair Kedah, Puzi Hadi; Kumpulan Lagu Puisi Esastera, Kuala Lumpur dan Dahrie yang berasal dari Selangor.\rPuiz yang juga Pengarah HESCOM 2011, melafazkan kesyukuran kerana program penganugerahan tahunan itu berjalan lancar dan berlangsung penuh meriah.\r\n\n\n\n\r“Menyemarakkan lagi acara, pada sesi petang sebelum acara kemuncak penganugerahan HESCOM, program Bicara Tokoh E-SASTERA bersama-sama Prof Dr Ir Wan Abu Bakar turut diadakan di Kelab Kedah DiRaja, Alor Setar.\r\r\n\n\n\n\n“Di samping itu, pelancaran buku dan album lagu puisi terbitan E-Sastera Enterprise turut dilancarkan yang antaranya Antologi Puisi Ekstasi Cinta oleh S Iqra dan novel kanak-kanak, Sir Khatim (Ahkarim). Album puisi, Cinta dan Aku nyanyian SAS Ambakri yang berasal dari Kelantan turut dilancarkan,” katanya.\rSelain Puzi, turut mengecap kejayaan pada malam terbabit ialah penulis yang juga anak jati Kedah, Azmi Rahman, apabila beliau diangkat sebagai pemenang keseluruhan HESCOM 2011, sekali gus menerima Piala Pusingan Nik Zafri.\rAntara pengkarya lain yang turut meraih anugerah ialah penyair Sabah yang memenangi hadiah pertama bagi kategori Anugerah Penyair Alam Siber (APAS), membawa pulang wang tunai RM 2011.\rSelain itu, Anugerah Blog eSasterawan pula diraih Aziz Zabidi dari Putrajaya dan Anugerah Soneta Melayu Alam Siber (ASMAS) menyaksikan penyair Kedah, Azmi Rahman menggondol hadiah utama.\r\n\n\n\rLebih 80 karyawan sastera siber di seluruh tanah air yang berkarya dalam pelbagai genre puisi, novel dan lagu meraikan kejayaan rakan seperjuangan yang menyumbang dalam laman sesawang E-SASTERA yang diasaskan sejak 2005 oleh Presiden Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas atau lebih dikenali Irwan Abu Bakar.\rTerdahulu, HESCOM 2010  diadakan di Laman Budaya, Shah Alam menobatkan  Sasterawan Negara kek-11,  Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Sasterawan Siber Selangor.\rProgram anjuran Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU), berlangsung  pada 10 Disember lalu di Auditorium JKKNK.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038494 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list