CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Filipina persiap pengebumian massa

[Copy link]
Post time 20-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ILIGAN: Filipina semalam bersiap sedia untuk mengadakan upacara  pengebumian besar-besaran membabitkan mangsa banjir bagi meminimumkan risiko kesihatan selepas bencana ribut yang menyebabkan beratus-ratus orang maut atau hilang di pulau Mindanao.\rPihak berkuasa di bandar pelabuhan Cagayan de Oro dan Iligan di mana penduduk dihanyutkan laut ketika tidur di kawasan setinggan di tepi pantai, berhadapan dengan masalah untuk mengatasi kemusnahan peninggalan daripada ribut tropika  Washi.\r\n\n\n\n\r   Palang Merah Filipina meletakkan angka kematian 652 dengan 911 yang lain disenaraikan sebagai hilang semalam tetapi pihak berkuasa kerajaan berkata bahawa mereka yang hilang dilaporkan terlebih anggaran dalam kejadian awal bencana.\r\r\n\n\n\n\n   “Hari ini kita akan menggali satu kubur besar dan menanam mayat yang tidak dituntut dan juga mayat yang sudah mulai dalam keadaan mereput,” kata datuk bandar Iligan, Lawrence Cruz dalam televisyen tempatan.\rLebih 50 daripada 300 mayat yang ditemui di Iligan sejak Washi melanda Sabtu lalu akan dikebumikan, untuk mengelak sebarang kemungkinan risiko kesihatan, kata Cruz.\rRakaman televisyen dari sebuah bilik mayat Iligan menunjukkan mayat yang menantikan untuk ditanam dibungkus dalam beg plastik putih.\rKira-kira 47,000 penduduk kini berada di pusat pemindahan berikutan Washi, yang melanda pantai utara Mindanao, kawasan pulau yang dilanda masalah berikutan pemberontakan pemisah Islam.\r\n\n\n\rUsaha menyelamat dan membantu dilakukan tentera kerajaan yang biasanya ditugaskan untuk berhadapan dengan pemberontakan pemisah di pulau terbabit.\rJabatan kesihatan Filipina setakat ini mengesahkan 533 kematian akibat bencana, kata pengarah eksekutif majlis bencana kebangsaan, Benito Ramos. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.032208 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list