CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Godam: DBP ‘nazak’, ITNM kembang sayap

[Copy link]
Post time 22-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KETIKA pengarang khususnya kelompok muda bahagia dengan pengumuman dana RM5 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis malam bersempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional Ketiga, Jumaat lalu, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) penulis terima.\r“Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) nazak, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ambil alih tugas mereka. Tugas ITNM kini bukan saja terjemah buku, tetapi juga menerbitkan karya asli yang sebelum ini menjadi tanggungjawab DBP.”\r\n\n\n\n\rPenulis mengucap syukur seribu rahmat akan kesudian kerajaan menyediakan dana terbabit kerana selama ini penulis sendiri sering tertanya-tanya mengapa tiada kemudahan sedemikian pada pembentangan belanjawan saban tahun.\r\r\n\n\n\n\nTerasa ralat setiap kali pembentangan belanjawan berlalu kerana sentiasa ada aduan yang diterima pengarang dianiaya penerbit daripada segi bayaran royalti, penerbit enggan menerbitkan karya berat kerana modal belum tentu balik dan kegiatan terhalang oleh hambatan kewangan.\rSedangkan jika dilihat daripada prasarana dalam kerajaan, ketika ini negara sudah pun ada DBP, Kementerian Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan dan ITNM yang boleh menjaga kepentingan mereka, meskipun tidak boleh seratus peratus.\rTanpa menafikan sumbangan Kementerian Pelajaran yang berusaha membantu pengarang melalui pengenalan Komponan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan teks Sastera sebagai subjek, meskipun wujud rasa tidak puas hati berhubung pemilihan teks yang dibuat.\rSecara pukul rata semua persatuan penulis baik negeri, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), apalagi Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) selaku badan induk persatuan penulis di negara ini, juga seolah-olah tampil tidak bergigi dalam hal membela kelompok pengarang.\r\n\n\n\rBaguslah kini sudah ada dana yang boleh diharapkan bagi mempercepatkan penerbitan karya bermutu, meskipun disalurkan secara berperingkat, iaitu RM3 juta tahun ini dan RM2 juta lagi tahun depan, melalui ITBM.\rITNM yang kini bertukar nama sebagai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang akan membentuk kerjasama strategik dengan PENA serta Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), khabarnya sudah nampak jalan pantas lagi menjimatkan kos dalam penerbitan karya.\rPenulis tidak terkejut dengan jalan pantas yang dapat dilihat kepimpinan ITBM memandangkan sejak ITNM dipimpin Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khir Ngadiron lebih empat tahun lalu, ia berjaya membina citra bertenaga dengan pelbagai penerokaan berani, tetapi dirancang teliti.\rDaripada sebuah institusi yang dilihat sebagai berlegar dalam dunia penerbitan yang tidak mungkin membawa keuntungan dengan dana khas kerajaan saban tahun kerana bahan terbitan belum tentu terjual, ia tampil sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terus berdaya saing.\rJusteru, tidak menghairankan apabila ITNM tersenarai sebagai satu daripada 28 GLC yang mencatat untung seperti disiarkan dalam Nanyang Siang Poa bertarikh 27 Oktober lalu, sehingga kakitangannya mampu lebar menerima bonus dua bulan gaji.\rBaguslah Mohd Khir berjaya mengubah citra institusi pimpinannya sehingga disenangi pengarang veteran mahupun muda, ditambah kekerapan mengadakan pertemuan pengarang negara, meskipun sebelum ini penulis kerap ‘menjentik’ ITNM atas dasar tanggungjawab sebagai pembayar cukai.\rSebenarnya penulis faham mesej yang cuba disampaikan pengirim SMS berhubung penambahan tugas ITNM lalu menjawabnya seperti berikut, “Saya tak pelik dengan tugas tambahan ITBM kerana mereka pantas dalam mengembangkan sayap perniagaannya berbanding DBP yang terbelenggu dengan pelbagai kemelut tanpa kesudahan.”\rHendaknya dengan tugas tambahan ITBM itu akan meningkatkan semangat juang DBP untuk terus berdaya saing, meskipun penulis tahu sesetengah pegawai badan berkanun terbabit seolah-olah hilang tumpuan apabila DBP melaksanakan penstrukturan semula organisasi itu.\rPenulis faham perjuangan memartabatkan bahasa dan sastera negara sejak mutakhir ini semakin ‘sakit’ lagi membebankan dengan perubahan persekitaran yang mencabar lagi melukakan, tetapi itulah tugas hakiki badan berkanun itu selari dengan matlamat penubuhannya pada 1956.\rPenambahan tugas ITBM menguntungkan ramai pihak, meskipun sedikit sebanyak DBP berasa tergugat dan tercabar kerana ITNM asalnya adalah bahagian penterjemahnya yang dikeluarkan daripada organisasi terbabit serta seolah-olah ditelan oleh ,anak bilis!\rKetika semua tahu ‘perang’ DBP dengan Dawama Sdn Bhd yang kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, penulis diberitahu syarikat konsesi itu kini diambil alih Utusan Print Corp dan sudah pun memasuki premis syarikat itu yang terletak di Ulu Klang, Kuala Lumpur.\rKhabarnya Utusan Print Corp menguasai 30 peratus kepentingan dalam pengurusan baru dan bertanggungjawab menguruskan hal berhubung percetakan dan pemasaran, manakala baki 70 peratus dipegang DBP.\rPertemuan dengan kakitangan Dawama yang diberi notis cuti tanpa gaji sejak sebelum Aidilfitri lalu, sudah berlangsung baru-baru ini dan mereka ditawarkan untuk bekerja semula, tetapi kadar gaji yang ditawarkan 30 peratus lebih rendah daripada gaji semasa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032340 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list