CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

Penulis terharu dana RM5 juta

[Copy link]
Post time 22-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
DANA RM5 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi melancarkan penerbitan karya bermutu penulis muda negara ini dilihat sebagai rahmat akhir tahun untuk dunia penulisan tanah air.\rPresiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad, menyifatkan dana itu sebagai sokongan kerajaan dalam memartabatkan sastera dan bahasa Melayu, selain melengkapkan peranan yang dimainkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).\r\n\n\n\n\r“PENA sangat menghargai dan melihat ia sebagai penghargaan serta kepercayaan kerajaan kepada kami. Ia  mencatat sejarah tersendiri dalam sejarah persatuan penulis di negara ini dan kami sangat bersyukur,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara terbabit.\r\r\n\n\n\n\nNajib mengumumkan dana yang bertujuan melaksanakan penerbitan karya asli penulis muda merentasi semua genre pada Majlis Makan Malam Bersama Perdana Menteri bersempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011, Jumaat lalu, bagi meraikan ulang tahun ke-50 PENA.\rPeruntukan RM5 juta itu akan diagihkan secara berperingkat selama dua tahun melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITNM) iaitu RM3 juta akan disalurkan pada tahun ini, manakala bakinya tahun depan.\rProgram itu turut menyaksikan nama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ditukarkan kepada ITBM selari dengan fungsinya sebagai agensi utama dalam industri penterjemahan dan pembukuan di negara ini.\rPenerbitan karya asli penulis muda merentasi semua genre itu akan menyaksikan PENA selaku badan yang memantau dan memilih manuskrip bermutu, ITBM sebagai penerbit, manakala Percetakan Nasional Malaysia Berhad selaku pencetak. \r\n\n\n\rDr Mohamad Saleeh berkata, PENA selaku pemantau dan pemilih manuskrip akan mengadakan bengkel penulisan bagi memberitahu penulis karya yang diingini dan memenuhi tahap mutu ditetapkan dan dapat diterbitkan dalam masa tiga hingga enam bulan.\rSelain peruntukan RM5 juta, Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi membaik pulih Rumah PENA yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur, memandangkan pusat aktiviti persatuan terbabit sudah semakin uzur dimamah usia.\rKetua Satu, Persatuan Penulis Selangor (PPS), yang juga Bendahari Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Hamzah Hamdani pula terharu dan terkejut apabila Najib mengumumkan dana untuk membantu penerbitan karya penulis.\r“Sejak kebelakangan ini, sukar bagi  persatuan penulis mendapat peruntukan daripada kerajaan dan peluang yang diperoleh PENA diharap digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membantu penulis menerbitkan karya bermutu untuk bacaan masyarakat,” katanya.\rHamzah memaklumkan, GAPENA atau PPS sebelum ini pernah beberapa kali menyediakan kertas kerja dan memohon dana daripada kerajaan, tetapi ada beberapa halangan yang menyulitkan penyaluran dana berkenaan.\r“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), kami tidak berhak mendapat peruntukan terutama dalam belanjawan. Apa yang kami harapkan keprihatinan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk mengagih bajet bagi membolehkan penulis meneruskan perjuangan.\r“Peruntukan yang diberikan juga selalunya tidak sampai puluhan ribu dan GAPENA terpaksa mengagih wang berkenaan kepada 23 persatuan penulis yang menjadi kerabatnya, sekali gus menjawab persoalan masyarakat mengapa kami tidak cergas dalam menganjurkan program,” jelasnya.\rKetua Satu, Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA), Jaafar Hamdan pula, meluahkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian kepada nasib penulis di Malaysia. \rBagaimanapun, beliau mengharapkan kerajaan melihat sisi lain yang turut memerlukan tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa dalam membantu memperkembang industri penulisan ke tahap lebih baik.\r“Antara masalah besar dihadapi kebanyakan persatuan penulis ialah prasarana yang tidak mencukupi, selain memerlukan ruang lebih besar untuk menyerlahkan karya penulis  menerusi media cetak dan elektronik.\r“Kami mengharapkan mendapat ruangan penyiaran program atau malam puisi secara langsung di televisyen bagi membolehkan masyarakat mengenali pengkarya dan menarik minat mereka terhadap dunia sastera dan kepengarangan,” katanya.\rBeliau mencadangkan kerajaan menyediakan dana tahunan secara tetap untuk disalurkan kepada persatuan penulis bagi mengelakkan kelumpuhan aktiviti dan keghairahan penulis dalam menyumbang ilmu kepada masyarakat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299341 Replies : 7413
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8421 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 4446 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 4447 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10841 Replies : 86
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13610 Replies : 114
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20305 Replies : 97
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 74238 Replies : 322

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052197 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list