CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2455|Reply: 13

Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan

[Copy link]
Post time 25-12-2011 11:33 AM | Show all posts |Read mode

AP SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin.



THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.
Menurut mereka, kenaikan itu akan menyebabkan perniagaan kereta mayat berkubur.
Para pemandu itu menyatakan, mereka terpaksa membayar cukai jalan enam kali ganda menjelang minggu depan kerana kereta mayat telah dikategorikan sebagai kenderaan persendirian.
Pemilik kereta mayat di bandar ini memandu kenderaan tersebut dari sebuah kawasan perkuburan ke sebuah bangunan pentadbiran wilayah.
Rakan-rakan mereka yang lain di bandar raya Athens memandu kereta mayat dengan perlahan semasa melintasi bangunan Parlimen. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2011 11:34 AM | Show all posts
Greece dilanda masalah ekonomi... impaknya terasa sampai ke drebar keta mayat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 03:37 PM | Show all posts
cukai naik 6 kali ganda....
melampau betollllllllllllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 03:49 PM | Show all posts
hidup susah...mati pun susaaahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 05:04 PM | Show all posts
sok kalau mati ramai2 usung mayat jalan kaki sampai ke kubur
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 10:02 PM | Show all posts
knapa cukai sampai 6 kali ganda??? 6 kali ganda berbanding dgn kenderaan apa??
adakah kereta mayat tersangat besar sampai kena berganda-ganda?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2011 01:09 PM | Show all posts
Ni terkait dengan masalah ekonomi Greece. Negara tersebut mengalami keruntuhan ekonomi Greece yang teruk hingga rakyat mereka diseru untuk berjumat cermat. Cogan kata yang femes kat negara depa "MAKAN APA SAHAJA YANG BOLEH MENGENYANGKAN PERUT ANDA" sehingga sebuah buku resipi diterbitkan bagaimana nak membuat makanan dengan menggunakan bahan2 yang terhad. Tunjuk perasaan akibat daripada periuk nasi terjejas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 07:01 PM | Show all posts
kesian nyer..tukar naik kete lembu plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 11:26 AM | Show all posts
terpaksa pinjam keta sedara mara la kalau ada kematian..itupun kalau sedara mara nak kasik pinjam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:56 AM | Show all posts
ni la kesan ambik duit imf....negara kita pon sgt hmpir ambik duit imf dulu nsb baik dr.m leh nmpk kesannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:50 AM | Show all posts
akibat IMF bangga menjadi rakyat Malaysia...terima kasih Dr. Mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:51 AM | Show all posts
Reply 11# shamsadis


   hekeleh... ntah hape2 ntah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:54 AM | Show all posts
Reply 11# shamsadis

salah tu, Najib lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 01:53 PM | Show all posts
bila ekonomi sesebuah negara merudum semua org terasa tempiasnye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.097277 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list