CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Khidmat, jasa anggota tentera perlu dihargai

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEGARA pastinya berjaya memenuhi agenda pembangunan bagi mencapai status membanggakan menerusi kerjasama pintar sektor awam dan tentera.\rRaja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah formula hubungan kerja yang harmoni itu masih boleh dipertingkatkan dengan tidak mengorbankan integriti angkatan tentera.\r\n\n\n\n\r   “Masing-masing pada tempat dan adabnya. Jika keris sisip di pinggang, jika mahkota letak di kepala, jika cincin pakai di jari, jika gelang pakai di tangan.\r\r\n\n\n\n\n  “Yang lelaki duduk bersila, yang perempuan duduk bertempoh. Ranting kekal di dahan, perdu tegap di pangkal.\r“Hukum sosial berlandaskan resam, berpandukan adab ini jika tidak dilanggar, dengan izin Allah juga akan terbina negara Malaysia yang warganya cekal bersatu, akan terbina negara yang aman, makmur lagi sejahtera,” titahnya.\rBaginda bertitah demikian dalam majlis melancarkan buku terbitan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan syarahan anjuran Institut Strategi dan Pertahanan Malaysia (MIDAS) di Kuala Lumpur.\rHadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Noor. \r\n\n\n\rRaja Nazrin berkata, khidmat dan jasa anggota tentera perlu diberikan penghargaan yang sepatutnya.\r“Pengorbanan mereka hendaklah diberikan ganjaran setimpal baik ketika mereka aktif berkhidmat atau sudah bersara.\r“Lebih-lebih lagi kepada anggota keluarga yang menjadi balu, piatu, ibu bapa kehilangan anak dan adik kakak yang kehilangan saudara,” titah baginda.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299341 Replies : 7413
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8421 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 4446 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 4447 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10841 Replies : 86
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13610 Replies : 114
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20305 Replies : 97
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 74238 Replies : 322

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049222 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list