CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 4

Pengguna implan PIP tuntut pampasan

[Copy link]
Post time 3-1-2012 01:27 PM | Show all posts |Read mode

ALEXANDRA BLACHERE yang mengetuai persatuan wanita yang menggunakan implan payudara keluaran PIP  memegang gel implan payudara itu dalam satu temuramah di Paris, Perancis.



CARACAS, Venezuela - Kira-kira 100 orang wanita berkeras memfailkan saman ke atas pengeluar implan payudara dari Perancis dan para pengedarnya di Venezuela untuk menuntut pampasan.
Pengeluar terbabit, Poly Implant Prothese (PIP) dilaporkan telah menjual ratusan ribu implan yang diperbuat daripada silikon berkualiti rendah di seluruh dunia.
Pihak berkuasa Perancis menasihatkan 30,000 orang wanita yang memiliki implan PIP agar mengeluarkannya. Ini kerana mereka berdepan risiko implan tersebut bocor dan silikon tersebut masuk ke dalam tubuh.
Dalam saman yang bakal diserahkan pada pertengahan Januari depan, wanita-wanita terbabit menuntut defendan menanggung kos implan itu dikeluarkan dan diganti dengan implan lain.
"Kami tahu bahawa kerajaan Perancis telah menuntut sokongan teknikal dan kewangan bagi pihak wanita yang terjejas dengan implan itu. Jadi kami mahu langkah sama turut melibatkan wanita Venezuela, bukan sekadar untuk wanita Perancis sahaja," kata peguam, Gilberto Andrea.
Perkhidmatan Kesihatan Awam Venezuela Selasa lalu menyatakan pihaknya akan membantu mengeluarkan implan itu secara percuma.
Dianggarkan seramai 300,000 hingga 400,000 orang wanita di 65 buah negara di Eropah dan Amerika Latin telah menggunakan implan buatan PIP yang kini diisytihar bankrap. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2012 01:28 PM | Show all posts
Tuntut..jangan tak tuntut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 02:06 PM | Show all posts
Ada penah terbaca dulu, implan ni kalo pecah....sakitnya hazaabbb
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 06:22 PM | Show all posts
ramai org pakai kenapa boleh bangkrap plak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:53 PM | Show all posts
dah elok elok..nak kasi besau... biler dah besau, dpt penyakit lak...
n yang dinamakan saja nak cari penyakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.047410 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list