View: 2074|Reply: 5
|
Saintis temui ikan jerung hibrid
[Copy link]
|
|
GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seekor ikan jerung hibrid hitam di perairan Australia.
|
SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.
Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.
"Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi," kata Morgan.
Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.
Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.
Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pertama di dunia 2... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan paus hybrid pun dah muncul lama dah...
Ikan paus kelabu mating ngan ikan paus biru .... menghasilkan ikan paus hybrid...
reason: populasi ikan paus biru yang semakin mengecil sehingga memaksa ikan paus biru mengawan ngan ikan paus kelabu ...
kalo spesis manusia semakin mengecil or hampir pupus... akan wujudkah spesis manusia hybrid??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan paus hybrid pun dah muncul lama dah...
Ikan paus kelabu mating ngan ikan paus biru .... mengha ...
HaMiZiE Post at 4-1-2012 09:11 PM
kalu manusia mengawan dgn spesis, mungkin juga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# RainaMizz
besttttttttttt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|