CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 16

Detik serangan harimau bintang

[Copy link]
Post time 9-1-2012 09:02 PM | Show all posts |Read mode
DUA orang membantu seorang lelaki yang diserang seekor harimau bintang di Guwathi, India kelmarin.



NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.
Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.
"Kami berasa terkejut apabila melihat seekor harimau bintang berada di dalam rumah dan kemudian haiwan berkenaan mula menyerang," kata seornag saksi, Nipu Das kepada agensi berita IANS.
Orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik semasa insiden berkenaan berlaku.
Bagaimanapun, harimau itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh satu pasukan hidupan liar.
Haiwan itu kemudian dihantar ke sebuah zoo.
SEJUMLAH orang menyaksikan seekor harimau bintang yang ditembak dengan ubat pelali di Guwahati, India kelmarin.



Pihak berkuasa menyatakan haiwan itu datang dari sebuah hutan di pinggir Guwahati.
Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.
Kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku di Jammu dan Kashmir, Uttar Pradesh serta Haryana sejak beebrapa bulan lalu. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2012 09:03 PM | Show all posts
Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.


Padan Muka.. Serve u right..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 09:30 PM | Show all posts
jgn smpi jd camni kat mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 09:43 PM | Show all posts
ngeri nyer..waduh2..
tatot bangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:39 PM | Show all posts
sian harimau tuh.. dia tersesat la.. pastu panik tengah manusia sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:43 PM | Show all posts
ni ler biler manusia menceroboh kawasan hidupan liar....
biler tempat tinggal binatang liar semakin diterokai... last last petembungan diantara manusia dan bianatang liar x dapat nak dielakkan ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2012 11:30 PM | Show all posts
jangan main-main dengan harimau. sebelum selalu baca rakyat India mati sebab gajah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:20 AM | Show all posts
dia nak bagi amaran "jangan kacau habitat aku"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 10:26 AM | Show all posts
lawanyer harimau tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:16 AM | Show all posts
eeerr...ngerinye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:44 AM | Show all posts
Teringat cikgu i cakap dulu..kalau jumpa harimau bintang nie.. meneyrah ajerlah...

kita panjat pokok..dia lagi terror panjat pokok.. kita nak lari..dia lari lagi laju.. kita masuk air nak berenang..dia berenang lagi pantas.... so..tak yah lari.. mengucap banyak2... moga mati dalam iman...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:51 AM | Show all posts
harimau sesat + lapa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:49 PM | Show all posts
hurmmm...... camne lah x kena serang...habis sume habitat dah musnah....mana lg mau pegi...sesat sudaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:13 PM | Show all posts
Rasany klu kt Vietnam, harimau ni dah kene semelih buat sup. Mmg x sempat antar g zoo
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 02:16 PM | Show all posts
peeerghh..

kalu lepaskan seekor rimau ni kat tengah2 KL

mau sunyi sepi kejap ,semo larikn diri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 07:28 PM | Show all posts
Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.

Mmg salah manusia, sapa suruh kacau tpt dia...kan dah kena..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 07:51 PM | Show all posts
erkkkk tgk pic pertama tu rasa mcm nak pengsan pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.966263 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list