CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 0

CIA, Mossad bunuh saintis Iran

[Copy link]
Post time 15-1-2012 10:14 PM | Show all posts |Read mode
January 15th, 2012

RAKYAT Iran beramai-ramai mengiringi keranda saintis nuklear negara itu, Mostafa Ahmadi Roshan untuk dikebumikan di Tehran apabila maut selepas ejen CIA, Mossad dipercayai memasang bom pada keretanya.

TEHRAN: Pemimpin agung Iran menuduh perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat dan Israel menjadi dalang pembunuhan ‘keji’ saintis nuklearnya di sini minggu ini, yang dikebumikan semalam.
“Pembunuhan pengecut Rabu lalu ke atas timbalan pengarah loji utama pengayaan uranium Iran, Mostafa Ahmadi Roshan, 32, dilakukan ‘melalui perancangan atau sokongan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad,” kata Ayatollah Ali Khamenei.
Dalam satu mesej takziah di laman webnya, Khamenei berkata, program nuklear Iran ‘tidak bergantung kepada seorang individu’ dan ‘kami akan terus dengan kesungguhan dan tenaga dalam laluan ini.’
Khamenei mengutuk Amerika dan Israel ketika media konservatif Iran menggesa negara itu ‘membalas dendam’ ke atas pegawai tentera dan politik Israel.


Pada masa sama, pegawai kanan lain memperbaharui satu tawaran rundingan nuklear dengan kuasa dunia yang gagal setahun lalu untuk diteruskan.
Ketika melawat Turki, kelmarin, speaker berpengaruh Parlimen Iran, Ali Larijani berkata, negaranya sedia untuk berunding dengan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jerman dalam isu nuklear.
“Rundingan itu boleh membuahkan hasil jika mereka serius dan tidak melayannya seperti satu permainan,” katanya menurut agensi berita rasmi IRNA.
Iran beberapa kali berkata ia bersedia meneruskan rundingan terbabit, yang gagal setahun lalu.
Namun, pejabat ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton, yang mewakili kuasa dunia, berkata ia masih menunggu Tehran memberi maklum balas sepucuk surat dihantar Oktober lalu menawarkan untuk rundingan disambung.
Iran terjejas akibat sekatan PBB dan Barat berhubung program nuklearnya, selain apa yang jelas satu kempen terselindung sabotaj dan pembunuhan, dengan sekurang-kurangnya tiga saintis nuklearnya terbunuh sejak dua tahun lalu.
Iran menegaskan program nuklearnya adalah secara eksklusif untuk tujuan keamanan.
Tetapi, negara Barat percaya Tehran cuba membangunkan senjata nuklear, kecurigaan yang menebal walaupun tidak disokong oleh laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, November lalu.

sepatutnya urang2 penting sebegini diberi kawalan keselamatan yg ketat.org2 penting cmni kna dikawal oleh perisik2 jugak,yg memahami cmna perisik bkrja...barulah boleh katakan agak slmt..klu stkt komando atau tntera biasa jaga...urmmm..kena jugak last2..sbb saintis loji nuklear iraq yg dibom di Osirak,baghdad yg dulu dihntr ke paris da dikawal ketat oleh pulis dn CCTV pongg sempat lagi mossad/cia, bunuh!!! dgn mnghntr sepai pompuan yg mnyamar sbgai student yg mnjual buku2 igama ntuk pnduduk kawasan elite yg mna saintis tu dtmptkn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.419614 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list