CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5068|Reply: 8

Amalan posifit/negatif penyusuan susu ibu

[Copy link]
Post time 29-1-2012 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Kebaikan Susu Ibu

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya mengeluarkan mekonium (najis bayi pada awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus, sekali gus mencegah alahan, dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan itu mungkin boleh merosakkan usus dan menyebabkan alahan.

Selain itu, susu ibu melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu, susu ibu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

Berikut adalah panduan yang boleh diikuti ibu untuk penyusuan yang berjaya:


Amalan positif Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu ketika hamil; Yakinkan diri bahawa susu anda mencukupi untuk bayi; Susu bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu awal selepas kelahiran bayi; Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting; Makan makanan seimbang dan minum air mencukupi; Ingatlah bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.


Amalan negatif Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi. Ingatlah, jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia, sudah anda pasti mampu memberi dan membekalkannya susu yang terbaik; Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak; Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia empat hingga enam bulan; Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan akan menggagalkan penyusuan susu ibu; Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa enam minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Masa ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah; Jangan bimbang apabila bayi membuang air besar. Adalah perkara biasa bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 11:21 AM | Show all posts
Iols mmg bg bf pd baby...alhamdulillah now baby dah 7 bulan, xde jaundice, jarang sakit, aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:36 PM | Show all posts
Reply 1# adekhairz


Bagus sharing TT... Banyak ibu yg gagal menyusu bb selalu Ada fikiran negatif yg susunya tidak mencukupi......alhamdulillah Amy masih lagi breastfeeding baby sampai sekarang 9bulan. Walaupun, sudah makan solid food dan bercampur susu tepung, bb masih lagi ingin breastfeeding dan ini memberi motivasi kepada Amy utk sambung bfeeding...biarlah "baby led weaning" maksudnya biar baby sendiri menentukan masanya dia nak putus susu secara sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 05:03 PM | Show all posts
good info...mase mula2 bersalin..saya selalu pk yg susu sy tak cukup..tapi lama2 saya motivate diri saya tok BF my baby..Alhamdulillah..susu saya sgt cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 08:07 AM | Show all posts
All the best semua mommies...
jgn pikir xcukup susu.
skrg ada byk kumpulan sokongan, peer conselor utk BF n gadjet2 utk working mommies as well. Jgn putus asa k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 02:00 PM | Show all posts
saya nak tanya, kualiti susu ibu yang makan sayur dengan ibu yg x mkn sayur sama x? pg tadi mak saya cakap anak saya ni small size sebab saya x mkn sayur.. hmm yeke camtu? dia lahir dgn berat 2.3kg, dan skrg dah setahun 6 bulan beratnya 8.1kg.. risau pulak kalo betul anak saya x dapat khasiat secukupnya.. tapi dia kuat makan.. makan nasi, ayam, ikan, cereals, biskut wheatmeal.. mmg dia kuat makan lah cuma size dia je kecik..kurus tapi tinggi.. bila fikir2 balik, saya pun dulu kecik2 fully breastfeed jugak, mak saya makan je sayur2, tapi size saya macam anak saya ni jugak, kurus tapi tinggi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting ketinggian anak tu mengikut carta..dulu anak pun mcm tu jugak. Kurus tapi tinggi. Makan memang banyak..cakap dengar doktor pakar pasal tu. Dr tu cakap..asalkan tingginya ok..kurus la cantik..doktor tu cakap..hi..hi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg tu merujuk kepada si anak dara yang no 2..tapi abg dan adik dia (boys)  dua2 dah mcm belon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 02:03 PM | Show all posts
Nak tanya..
ada beza tak direct bf ngan bagi melalui botol susu? *berkenaan pertumbuhan rahang yang sempurna*

saya bagi botol sebab bila bagi direct, baby mcm selalu overload and muntah. huuu.. fobia jap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049070 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list