View: 3864|Reply: 17
|
Bilangan haiwan kurang kerana ular sawa
[Copy link]
|
|
Bilangan haiwan kurang kerana ular sawa

BEBERAPA penyelidik Universiti Florida memegang seekor ular sawa seberat 73.6 kilogram di Taman Negara Everglades, Florida pada 14 November 2009.
WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS) - Hasil satu kajian kelmarin mendapati populasi rakun, oposum, kucing hutan dan mamalia lain hampir pupus di Taman Negara Everglades, Florida dan kawasan sekitarnya kerana dibaham ular sawa bersaiz besar terutamanya ular sawa Burma.
Kajian tersebut yang disiarkan dalam Pembentangan Akademi Sains Kebangsaan kelmarin mendapati terdapat pengurangan drastik hingga 99 peratus dalam bilangan mamalia bersaiz sederhana di Everglades yang banyak dihuni ular sawa.
Menurut laporan berkenaan, kebanyakan ular sawa itu merupakan haiwan peliharaan yang dibuang kerana menjadi terlalu besar.
Saintis-saintis bimbang ular-ular sawa itu akan menjejaskan rantaian makanan di Everglades, negeri Florida sekali gus merosakkan imbangan alam sekitar dalam bentuk yang sukar untuk diramalkan.
"Kesan kemerosotan populasi mamalia ke atas keseluruhan ekosistem Everglades yang melangkaui sempadan taman negara adalah mendalam," kata seorang pengarang bersama kajian berkenaan dari Universiti Virginia Tech, John Willson.
Puluhan ribu ekor ular sawa Burma yang berasal dari Asia Tenggara, dipercayai hidup dan membiak dengan cepat kerana iklim panas lembap di Everglades.
Ular sawa Burma boleh membesar hingga 8 meter panjang dan berat lebih 90 kilogram dengan ia mampu membaham haiwan bersaiz besar termasuk buaya.
Perkhidmatan Taman Negara AS merekodkan sebanyak 1,825 ular sawa itu telah ditangkap di sekitar Taman Negara Everglades sejak tahun 2000.
Antara yang terbesar setakat ini adalah seekor ular sawa Burma sepanjang lima meter dengan berat sekitar 70kg dan sepanjang lima meter yang ditangkap pada awal bulan ini. - Agensi
*http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&;dt=0201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gemuknya  |
|
|
|
|
|
|
|
boleh telan manusia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka ular.... |
|
|
|
|
|
|
|

ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di sebuah kebun getah di Felda Kepis, Kuala Pilah semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ular Sawa ditemui kekenyangan

Anggota JPAM, Mohd. Akhir Abu memegang seekor ular sawa batik yang ditemui di ladang getah Felda Kepis, Kuala Pilah, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk kat NGC pasal pyhton hunter...
spesis binatang pendatang ni memang memberi masalah kepada negeri florida...
semakin pupus kat habitat asal di SEA tapi berkembang biak di florida |
|
|
|
|
|
|
|
wow aku lihat henbeg  |
|
|
|
|
|
|
|
Bilangan haiwan kurang kerana ular sawa

BEBERAPA penyelidik Universiti Florida memegang seekor ular sawa seberat 73.6 kilogram di Taman Negara Everglades, Florida pada 14 November 2009.
WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS) - Hasil satu kajian kelmarin mendapati populasi rakun, oposum, kucing hutan dan mamalia lain hampir pupus di Taman Negara Everglades, Florida dan kawasan sekitarnya kerana dibaham ular sawa bersaiz besar terutamanya ular sawa Burma.
Kajian tersebut yang disiarkan dalam Pembentangan Akademi Sains Kebangsaan kelmarin mendapati terdapat pengurangan drastik hingga 99 peratus dalam bilangan mamalia bersaiz sederhana di Everglades yang banyak dihuni ular sawa.
Menurut laporan berkenaan, kebanyakan ular sawa itu merupakan haiwan peliharaan yang dibuang kerana menjadi terlalu besar.
Saintis-saintis bimbang ular-ular sawa itu akan menjejaskan rantaian makanan di Everglades, negeri Florida sekali gus merosakkan imbangan alam sekitar dalam bentuk yang sukar untuk diramalkan.
"Kesan kemerosotan populasi mamalia ke atas keseluruhan ekosistem Everglades yang melangkaui sempadan taman negara adalah mendalam," kata seorang pengarang bersama kajian berkenaan dari Universiti Virginia Tech, John Willson.
Puluhan ribu ekor ular sawa Burma yang berasal dari Asia Tenggara, dipercayai hidup dan membiak dengan cepat kerana iklim panas lembap di Everglades.
Ular sawa Burma boleh membesar hingga 8 meter panjang dan berat lebih 90 kilogram dengan ia mampu membaham haiwan bersaiz besar termasuk buaya.
Perkhidmatan Taman Negara AS merekodkan sebanyak 1,825 ular sawa itu telah ditangkap di sekitar Taman Negara Everglades sejak tahun 2000.
Antara yang terbesar setakat ini adalah seekor ular sawa Burma sepanjang lima meter dengan berat sekitar 70kg dan sepanjang lima meter yang ditangkap pada awal bulan ini. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap la ular sawa tu masak stew mmg sedap menjilat lantai |
|
|
|
|
|
|
|
wow aku lihat henbeg
LeaPMarie Post at 2-2-2012 23:52 
ahahahaha..lawak lah ko {:4_241:} |
|
|
|
|
|
|
|
sian nyer binatang2 lain. bahamlah buaya tu jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk jer boya tu pun dah nak pitam ai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|