View: 3117|Reply: 10
|
Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan
[Copy link]
|
|
GAMBAR menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang sedang dalam pembinaan di New York pada Isnin lalu. - AFP
|
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP.
Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008.
Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter.
Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson.
Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina.
Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013.
Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti kerja Samy Vellu USa... |
|
|
|
|
|
|
|
RM11.5 BILLION....
pergh... membazir jer |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana rupa One World Trade Center ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini musti kontrakror yang bina stadiung ganu kite |
|
|
|
|
|
|
|
rugi jek..baik bg aku jek duit tuh..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
harga beras naik, ada kena mengena tak dalam hal ini...?  |
|
|
|
|
|
|
|
tak dpt tgok gmbar...
sebijik cm dulu ke diorng buat???? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dengar kata, satu lagi masalah sekarang ialah tak cukup penyewa sbb sewa mahal sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti kerja Samy Vellu USa...
perang_sivil Post at 2-2-2012 12:08 
ngeh ngeh ngeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|