CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21847|Reply: 2

◎Peraturan CARI Forum & Board Pulau Pinang◎

 Close [Copy link]
Post time 1-3-2012 01:33 PM | Show all posts |Read mode




Peraturan CARI Forum:




●1)Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:
Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung.

Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini.

Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.

Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke linkhttp://banner.cari.com.my/untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.



●2)Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:
Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.

Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan.

Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.


●3)Avatar:

Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.


●4)Signature:
Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.

Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.

Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.

Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.


●5)Puak/ kelompok tidak dibenarkan:
Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.


●6)Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:
Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang.

Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.

Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu.

Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.



●7)Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum, lucah, mencarut dan ugutan adalah diharamkan:
Sebarang kata-kata di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut jika melibatkan kepada kes serius. Jika ahli terbukti salah, ID ahli tersebut akan terus menjadi Banhammer.


●8)Fitnah, maki, serangan peribadi, mengungkit perkara sensitif dan berbahasa kasar juga tidak dibenarkan:
Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID ahli tersebut akan menjadi Bamhammer.


●9)Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:
Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID ahli yang melakukan kesalahan ini akan menjadi Bamhammer.


●10)Private Message (PM):
Ahli forum yang menggunakan PM untuk pengiklanan, memaki, menfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga adalah satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.


●11)Thread bunuh diri:
Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau perbincangan mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.


●12)SPAM:
Ahli yang membuat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja (,, dan lain-lain) adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih mengulangi kesalahan tersebut, moderator berhak menolak kredit ahli berkenaan.

Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.


●13)Mengutip derma atau menyeru ahli menderma adalah diharamkan:
Bagi mengelakkan masalah yang tidak elok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Ini kerana kita susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli tersebut adalah benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini.

Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akaun bank di forum ini.


●14)Bahasa:
Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.




Selain Peraturan CARI Forum di atas, setiapboard juga terdapat peraturan tambahan mengikut board masing-masing, tetapi peraturan board tidak akan bercanggah dengan peraturan CARI Forum ini. Ahli forum diminta memberi kerjasama, dan mematuhi
Peraturan CARI Forum atau Peraturan Board.


Selain itu, jika moderator, super moderator atau admin memberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli, harap ahli berkenaan mematuhi. Jika tidak pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.


Walau bagaimanapun admin atau super moderator berhak mengubah peraturan CARI Forum atau peraturan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian, tanpa pemberitahuan.




Sekian untuk makluman semua.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2012 02:51 PM | Show all posts

PERATURAN BOD PULAU PINANG




1. THREAD BERUNSUR PERNIAGAAN

Jika mengikut pada rules yang telah ditetapkan oleh pihak FORUM CARI, tiada sebarang thread berupa PENGIKLANAN
perniagaan dibenarkan dibuka sama sekali di BOARD ini memandangkan telah ada spesifik BOARD disediakan oleh pihak forum.
Sekiranya poremer berminat mengiklankan barangan mereka diminta ke thread di bawah ini...


http://mforum2.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=274


2. THREAD JAWATAN KOSONG DAN SEUMPAMANYA

Sila ke bod bawah ini...


http://mforum2.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=124


3. THREAD PERMAINAN


Kami telah menyediakan thread2 permainan berupa sambung perkataan bagi meredakan tekanan poremer (jika ada).

Thread2 ini kami telah warnakan dengan warna ungu.

Walaubagaimanapun, kami hanya membenarkan poremer membuat posting 3 X berturut2 sahaja (sekiranya mahu).

Sebarang posting berturut2 sehingga 10-15 post adalah dilarang sama sekali. (Peringatan ini telah beberapa kali dikeluarkan)






Peraturan ini akan dipinda mengikut kesesuaian dari masa ke semasa. Semoga kita semua dapat berporem secara aman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 01:04 AM | Show all posts
terima kasih jaga board
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.095472 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list