REVOLUSI MENTAL DAN KEMALASAN ORANG MELAYU Revolui mental adalah sebuah buku terbitan UMNO (United Malayan National Organization yang dihasilkan oleh 14 penulis. Revolusi mental di definisikan sebagai satu perubahan sikap, nilai dan falsafah sosial masyarakat tertentu yang bertujuan mengubah pemikiran , pandangan dan tingkah laku masyarakat bagi mengadaptasikan diri dengan peredaran zaman dan merebut peluang yang sedia ada.
Dalam buku ini menyatakan ,beberapa ciri masyarakat Melayu seperti berikut:-
1. Tidak jujur kepada diri sendiri
2. Tidak melihat kesalahan sendiri
3. Kurang keberanian
4. Sedia berkorban di bawah pimpinan yang baik
5. Patuh pada undang-undang selagi agama tidak diganggu
6. Tidak berfikir secara rasional
7. Tidak tunjukkan disiplin dan ketepatan waktu
8. Tidak tunjukkan semangat kekerasan
9. Suka membazir Hal ini turut memaparkan buku Revolusi mental gagal memberi pandangan yang tepat dan jitu terhadap ungkapan “masyarakat Melayu malas”.secara kasarnya ia menghindari isu kemalasan orang Melayu tetapi masih berbelah bahagi. Namun begitu pemaparan secara negatif masyarakat Melayu hanyalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan agar masyarakat Melayu dapat mengubah keadaan hidup mereka kesan daripada belenggu kolonialisme. Dalam buku tersebut juga turut dinyatakan tidak semua ciri Melayu itu adalah buruk. Clifford menyatakan orang Melayu adalah golongan yang tidak menguntungkan kerana tidak menyediakan tenaga kerja manakala bagi Revolusi mental ,ia menyetujui pendapat ini dengan menghuraikan sumbangan para imigran Cina. Sumbangan orang Melayu diperkecilkan tetapi orang Melayulah yang mengurus negeri menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan sebagainya. Bagi pihak kolonial mereka tidak memberi penumpuan kepada sumbangan orang Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu dan pemimpin Melayu sukar bagi mereka menyempurnakan tujuan mereka. Revolusi mental amat tidak menerima sistem kasta kapitalisme kolonial.
Dalam dua bahagian dinyatakan orang Inggeris menuduh masyarakat Melayu malas sedangkan mereka membawa pekerja dari India dan China untuk memonopoli sumber mentah, lantaran itulah orang Melayu menjadi miskin di negeri sendiri. Buku Revolusi mental merupakna idealogi yang menyimpang daripada Parti Melayu dan memberi kekeliruan tentang kapitalisme kolonial . parti Melayu menyalahkan masyarakat Melayu yang diungkapkan oleh pemimpin Melayu. Mereka menyesali sikap masyarakat Melayu luar bandar yang mengharapkan para pemimpin bagi meyelesaikan konflik yang dihadapi. Masyarakat luar bandar haruslah membantu diri sendiri. Dalam bab ini juga dinyatakn buku Revolusi mental dapat dijelaskan dengan kemiskinan intelektual para penulisnya. Pemaparan watak orang Melayu secara negatif oleh Revolusi mental adalah salah kerana ia dibuat tanpa pengamatan dan penelitian yang bijak. Memang ada sikap tersebut pada masyarakat Melayu tetapi tidak semua lapisan masyarakatnya bersikap demikian.
Terdapat beberapa permasalahan dalam Revolusi mental dan 3 penjelasan pokok bagi menjawab persoalan ini:
1. Pemimpin anggap masyarakat Melayu mempunyai sikap negatif
2. Pemimpin hindari diri daripada tanggungjawab terhadap kesalahan pemerintah dalam usaha majukan masyarakat Melayu.
3. Peningkatan taraf ekonomi masyarakat Melayu secara umum. Mahathir bin Mohamad mengupas tentang kehebatan orang Cina menyatakan lingkungan geografi mendorong perkembangan sifat Melayu-lemah. Melayu tinggal di pedalaman dan di Lembah sungai kerana tanaman mudah hidup. Namun segala yang dikerjakan oleh orang Melayu dapat dibuat dengan lebih baik lagi oleh orang Cina yang mempunyai banyak pengalaman dan penderitaan hidup di negeri asal mereka. Orang Melayu juga telah disingkirkan dari bidang perniagaan . ini ditambah lagi dengan keadaan masa selepas masa kemerdekaan.kemunduran orang Melayu disebabkan oleh kebaikan dan perasaan rendah diri orang Melayu. Golongan pendatang yang datang ke Tanah Melayu tidak mempedulikan perasaan sopan santun dan ini menyebabkan bangsa Melayu terpaksa mengalah. Orang Melayu lebih mudah berterus terang dengan golongan dalam kelompoknya. Mahathir turut menyatakan amuk adalah bahagian penting perwatakan orang Melayu yang melambangkan ungkapan fizikal luar dari pertentangan dalam tubuh orang Melayu yang disebabkan oleh ketaatannya yang kekal terhadap peraturan dan tatacara kehidupan.
Dalam aspek seumpama ini Mahathir menggunakan sejumlah alasan lingkungan dan sosiologi. Namun begitu buku ini merupakan pembelaan yang beralasan tentang perlindungan konstitesional orang Melayu. Mahathir juga menganggap masyarakat Melayu sebagai fatalistik dan tidak memiliki bentuk keberanian yang positif. Dinyatakan juga orang Melayu tidak mengharagai waktu dengan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti bersembang kosong. Sikap ini mempunyai akibat terhadap orang Melayu. Berhubung dengan kemalasan, Mahathir tidak menjelaskannya secara tepat dan lebih senang menyatakan orang Melayu tidak mampu untuk bekerja keras. Kekuatan yang ada pada orang Melayu sering terbatas. Hal ini sebahagian di sebabkan oleh sikap tidak peduli dan ketidakacuhan . Mahathir turut menyatakan bahawa masyarakat Melayu sukar diubah.
Secara keselurauhannya, komentar yang dicurahkan dalam buku tersebut mendorong kita menganggap pandangan Mahathir tentang kemampuan orang Melayu untuk bekerja keras sebagai hal yang negatif. Walaupun ada kemunduran masyarakat Melayu yang disebabkan oleh kekuatan Inggeris, Mahathir menghargai beberapa pandangan yang baik tentang orang Inggeris. Orang Inggeris dikatakan cekap menjalankan tugas. Jelas dalam dunia mentalnya tidak ada perubahan daripada pemikiran kolonial. |