CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1948|Reply: 8

'Lebuh raya elektrik' beroperasi di AS

[Copy link]
Post time 28-3-2012 06:17 PM | Show all posts |Read mode

AP
SEBUAH kereta Nissan Leaf dicas di stesen pengecas pantas di lebuh raya Interstate 5 kelmarin.



CENTRAL POINT, Amerika Syarikat (AS) - Pada musim panas tahun lalu, Justin Denley terpaksa bermalam di sebuah motel semata-mata untuk mengecas kereta elektriknya yang mengambil masa semalaman ketika melalui lebuh raya rentas negeri Interstate 5 (I-5) dekat sini, negeri Oregon.
Kini, dia dan pemilik kereta elektrik lain tidak lagi perlu membazir masa atau gusar kenderaan mereka kehabisan tenaga sewaktu melakukan perjalanan jauh di lebuh raya berkenaan.
Mereka boleh mengecas kenderaan masing-masing dalam masa kurang setengah jam selepas lapan stesen pengecas pantas beroperasi di laluan sejauh 260 kilometer di lebuh raya I-5 Jumaat lalu.
Laluan berkenaan kini dikenali sebagai 'lebuh raya elektrik' pertama di AS.
Dibina selang 40 kilometer, fasiliti tersebut ditempatkan di beberapa stesen minyak, restoran rehat dan rawat serta motel bagi keselesaan pengguna.
Susunan itu juga dapat memastikan pemandu sampai ke stesen berikutnya walaupun terlepas sebuah stesen pengecas berkenaan.
Kereta elektrik di AS seperti Nissan Leaf memiliki jarak perjalanan sekitar 110 kilometer.
"Kereta kehabisan tenaga atau masa mengecas yang lama bukan lagi isu buat saya. Lagipun, kemudahan ini diberikan percuma," kata Denley yang memandu kereta Nissan Leaf.
I-5 yang dibina di Pantai Barat AS, menghubungkan Kanada dengan Mexico.
Menjelang hujung tahun ini, sejumlah stesen pengecas pantas itu akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya I-5 dari Kanada menuju ke sempadan negeri California yang merangkumi jarak sekitar 885 kilometer.
"Saya gembira mendengar berita ini. Saya lebih rela menghabiskan masa 20 minit untuk mengecas kereta elektrik saya daripada membayar sekitar AS$5 (RM15.30) untuk setiap 3.78 liter atau segelen petrol," kata seorang eksekutif yang juga pemilik Nissan Leaf, Steve Smith. - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 12:58 AM | Show all posts
mengecas semula free? cool
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 01:05 AM | Show all posts
So naik keta letrik ni free of charge le kekdahnya kt5 US
kalu kt Mesia kna tanya TNB dululah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 01:08 AM | Show all posts
Reply 3# boyagombak

kat mesia susah nak buat..kabel letrik pun kena rembat ini kan pula macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 08:42 AM | Show all posts
boleh mengelakkan kebergantungan pada sumber minyak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:04 PM | Show all posts
alternative kepada petrol...
petrol semakin mahal ... kalo dah habis dituai, sure kete kete yang pakai petrol dah tak leh nak dipakai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 12:10 AM | Show all posts
pree...owwhhh best nyer!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 10:16 AM | Show all posts
free???? x rugi ke goverment...kalu kt m'sia dh kecoh kerugian sepanjang thn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 10:57 AM | Show all posts
goverment yg menyokong kearah mesra alam cara yg betul bukan semata2 wang dlm semua aspek..

secara tak langsung mengalakan org ramai utk pakai keta letrik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 1.152700 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list