Tugas seorang SETIAUSAHA bukan sahaja perlu 'berdampingan' serta menguruskan segala keperluan ketuanya [Bos] ketika di pejabat, malah mereka ini juga sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar terhadap syarikat atau organisasi tersebut. Hal ini terjadi kerana semua urusan syarikat yang sulit mahupun rahsia syarikat turut diketahui mereka.
Selain tampak glamor mereka merupakan golongan profesional yang perlu tampil bergaya dan kemas sepanjang masa. Dalam usaha memastikan penampilan mereka sentiasa cantik dan pada masa yang sama kelihatan formal, mereka perlu mengetahui teknik2 pemakaian selain teknik2 dandanan diri.
Apabila kita berbicara mengenai penampilan, sama ada bertudung atau tidak, seorang Setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya. Seorang Setiausaha juga sebenarnya perlu tampil kemas dan bergaya dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana mereka sentiasa berurusan dengan orang ramai.
Penampilan yang bergaya adalah perlu kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili...
Just nk tanya. Uols ada tk kna buat keja Boss yg bukan dlm senarai tugas hakiki keja Uols?! Mcm weols kt sni ada! Mmm... infact last time, Bos nk tamatkn kontak driver sbb tk ikut arahannya... iaitu buat keja2 di luar senarai tugas hakiki beliau! Nangesss...
BlueRose99 posted on 9-9-2013 12:31 PM
Buatkn keja sekolah anak Boss... n selalunya buat 'PROFILE'.
Hah? buat kerja sekolah anak boss??? mcm too much pulakkk... heheheehe... kalau tolong benda2 lain bukan bidang tugas ada jugak mama buat... tapi tidak selalu laa sbb rasanya my boss nie pun tau mana boleh dan tidak... hehehe...