|
Post Last Edit by achik2009 at 3-7-2012 20:26
Farih Lamar Akma Jadi Isteri Dalam Kereta
KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2012: Sebelum sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi, 28, penyanyi Akma Abdullah, 27, memberitahu dia telah dilamar suaminya itu pada awal September tahun lalu.
Ketika itu, Akma berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
"Akma telah dilamar Farih pada 3 September 2011. Waktu itu, Akma dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli-belah di KLCC.
"Dalam perjalanan, kami berhenti sebentar tepi jalan sekitar Jalan TAR. Masa itu, Farih dengan serius melamar Akma. Dia juga meminta Akma membuka beg yang mana dalam beg berkenaan ada sebentuk cincin melamar.
"Inilah saat romantis yang Akma tidak boleh lupakan," ujar Akma yang mengakui suaminya seorang yang lucu.
Mengulas mengenai pilihan berbulan madu, Farih memberi penghormatan kepada isterinya membuat pilihan sebagai tanda romantisnya terhadap Akma.
"Kami akan pergi berbulan madu di Bali pada 13 Julai ini. Akma memilih Bali kerana Akma masih belum berpeluang ke sana lagi," ujar Akma.
Dalam pada itu, Farih memberitahu masih mengizinkan isterinya menjadi artis sungguhpun sudah bergelar isterinya yang sah.
"Saya masih lagi mengizinkan Akma untuk menyanyi. Asalkan dia pandai menjaga diri dan batasan seorang wanita yang sudah berkahwin," kata Farih.
Menyentuh mengenai anak, pasangan ini mengakui tidak merancang untuk menentu masa menimang cahaya mata.
"Kami tidak merancang masa untuk anak. Kalau rezeki datang awal, Alhamdulillah. Nak anak berapa pun kami tidak kisah.
"Kalau melihat dari bilangan adik beradik Akma dan Farih, mestilah kami juga ingin seperti itu. Ramai anak," jelas Akma.
Credits: murai.com.my |
|