Susulan daripada artikel (Part 2), kandungan yang sama juga,berkisarkan mengenai manusia yang mempunyai bakat yang pelik dan luar biasa. Mereka kelihatan normal dari bentuk fizikal,tetapi secara dalamannya memiliki apa yang tidak semua orang ada. Jom kita lihat 5 manusia yang mempunyai bakat pelik dan luar biasa ini.
1. Orang yang boleh memuntahkan apa sahaja.
Liang Yuxin menjadi pemegang rekod dunia individu yang mudah mengeluarkan muntah. Orang Cina,25 tahun,dari daerah Xia Mei telah mengejutkan para doktor dengan kemampuannya untuk memuntahkan apa sahaja
“Saya tahu saya boleh melakukannya ketika saya masih kecil dan saya tidak sengaja menelan bola dan memuntahkannya kembali. Sekarang saya sepertinya boleh menelan apa pun”.Rekod yang telah dipecahkan oleh orang Inggeris dengan menelan 10 koin dan saya boleh melakukan dengan 11 koin,katanya.
2. Orang yang boleh menghembuskan susu dengan matanya.
Ilker Yilmaz mungkin menjadi memegang rekod paling pelik di dunia. Pekerja binaan Turki menuangkan susu ke tangannya,kemudian dia menghisap melalui hidung dan dihembuskan sejauh 9.2 meter keluar dari mata kirinya dalam rangka untuk memecahkan rekod dunia baru.
3. Orang yang dapat memasukkan sebuah tin Coke di mulutnya
Seorang lelaki memiliki mulut yang peli iaitu seperti getah. Lelaki ini mampu memuat seluruh tin Coke di dalamnya mulutnya. Mulut Francisco Joaquim Domingo membentang dengan panjang 6,69 inci.
Pemuda berusia 20 tahun ini berasal dari Sambizanga,Angola ini,dikatakan telah mendapat perhatian media setelah mempersembahkan bakatnya di pasar tempatan dan tempat bermain bola sepak.
4. Wanita yang dapat memainkan dua seruling dengan hidungnya.
Persembahan Claire Hawes pada Britain’s Got Talent membuatkan hakim terdiam setelah dia mempamerkan kemampuan luar biasa dengan alat muziknya.
Tidak puas dengan bermain hanya satu instrumen,dia memainkan dua seruling yang ditiup dengan hidung,bukan dengan cara yang normal menggunakan mulut.
5. Profesor yang dapat melakar lingkaran bulat yang sempurna dengan tangan. Alexander Overwijk boleh menghasilkan lingkaran sempurna berdiameter 1 meter free hand dalam waktu kurang dari 1 saat.
kredit melayukini.net
|