Post Last Edit by beta_carotene at 27-5-2012 11:25
Baku, AZERBAIJAN:
Kumpulan nenek-nenek dari Russia yang menggelarkan diri mereka 'Buravnoskiye Babushki' memenangi tempat ke-2 dalam pertandingan nyanyian terbesar dunia (Eurovision 2012) dengan lagu mereka yang berjudul 'Party For Everybody'.
Hanya tewas beberapa mata kepada juara dari Sweden, Loreen dengan lagu 'Euphoria', nenek-nenek ini berjaya memberi kejutan kepada pertandingan Eurovision yang dimonopoli oleh artis-artis muda.
Lebih kurang 40 negara Eropah mengambil bahagian dalam pertandingan ini setiap tahun untuk merebut gelaran juara Eurovision dan seterusnya menjadi hos Eurovision untuk tahun seterusnya.
Buranovskiye Babushki yang mewakili negara Russia menjadi juara bagi kumpulan separuh akhir 1 dan seterusnya melayakkan mereka ke peringkat akhir bersama 25 peserta dari negara Eropah yang lain.
Persembahan mereka yang comel dan unik mendapat sambutan gemuruh daripada penonton.