CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3289|Reply: 8

Nelayan Membawa Pulang Ikan Mirip Naga (1 Gambar + 1 Video)

[Copy link]
Post time 31-5-2012 05:19 PM | Show all posts |Read mode







Sedang asyik nelayan berjual beli ikan bersama pelanggan di Jeti Kuala Kerteh Kemaman Terengganu, tiba-tiba semua saling terkejut apabila melihat seorang nelayan membawa pulang ikan yang aneh.

Nelayan Membawa Pulang Ikan Mirip Naga | Sebenarnya banyak hidupan laut yang amat jarang kita temui di dunia ini.  Antaranya kisah di Jeti Kuala Kerteh di sini apabila nelayan dan pembeli  gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga. Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.

“Saya terkejut melihat ikan itu, kepalanya mirip naga, badan berwarna putih dengan kulitnya keras tetapi tidak bersisik, ikan ini juga memiliki sirip berwarna merah,” kata pembuat minyak urut, Othman Abu Bakar, 63.

Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan, dekat sini, berkata, dia yang berada di jeti sewaktu nelayan pulang menangkap ikan kira-kira jam 11 pagi terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan itu kerana melihat keunikannya apatah lagi sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat spesies ikan sedemikian.

Othman kemudiannya menyuarakan hasrat membeli ikan aneh itu daripada pemiliknya yang merupakan pemuda dari Kampung Rasau.

“Saya beli kerana ingin tunjukkan kepada penduduk kampung. Sebaik saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga berkunjung ke rumah melihatkan ikan pelik itu.

“Mereka tidak pernah melihat ikan seperti itu walaupun sudah lama tinggal di Kampung Telaga Papan yang terkenal dengan kawasan penangkapan dan pendaratan ikan,” katanya.

Ditanya mengenai harga ikan tersebut, Othman enggan memberitahu walaupun dipujuk beberapa kali.

Katanya, walaupun ketika dinaikkan ke darat kepala ikan itu sudah hancur tetapi ciri-ciri pada badannya jelas kelihatan seperti seekor naga.


“Kepala ikan hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat digunakan nelayan,” katanya.

Othman bagaimanapun tidak berhasrat untuk memakan ikan itu, tetapi akan mengeringkannya untuk dijadikan ramuan bagi menghasilkan minyak urut.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 05:41 PM | Show all posts
erk..kemaman..??huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 12:01 AM | Show all posts
ni bkn ikan laut dlm tu ke...yg naik darat bile nk mati..ape ke namenye tah,,
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 03:31 PM | Show all posts
Oarfish mmg ikan laut dalam...biasanya spesis yang dibawa ke darat ni mmg dah mati....

Heh, pakcik tu buat minyak urut? Nasib baik dia tak kata ni boleh buat 'tambah tenaga' ni....kalau camtu mmg nak kena facepalm le!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:16 AM | Show all posts
baru tgk dokumentari kt national geografi pasal ikan ni. rupanya kt laut malaysia pun ikan ni ada yek
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 11:27 AM | Show all posts
pertama kali tengok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2012 12:55 PM | Show all posts
pes taim tgk gak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:32 PM | Show all posts
makin bnyk lak kes psl ikan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 03:08 AM | Show all posts
King of Herrings



This fish, also known as the oarfish is the longest bony fish in existence. It is found in depths from 300-1000 meters in any of the world’s oceans. The king of Herrings remains in deep waters and does not surface often; typically if it surfaces, it dies when doing so. This 16 foot long fish was first discovered washed up dead on the shore in Bermuda in 1860. It is believed by scientists that the great myth of a sea serpent could have branched off of a king of herrings sighting. Despite that, this organism is a fish, it does not have any scales and although frightening in size, is not a threat to the human race based on its small teeth and one dorsal fin.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.836952 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list