CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jejai

Zack pemain bass Newboyz : updated : bebas dr tuduhan edar ganja

  [Copy link]
Post time 11-1-2013 01:18 PM | Show all posts

RE: Zack pemain bass Newboyz berdepan tali gantung - DAH BEBAS!!!!

Edar ganja: Zack New Boyz dibebas

SHAH ALAM 11 Jan. - Pemain bass kumpulan New Boyz, Zack atau nama sebenarnya Radin Irwan Dzul Karnain Isagani dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan mengedar 1.321 kilogram ganja tiga  tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. - UTUSAN

p/s: encik mod, camne nak update tajuk, aku x ghetiiiii


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 01:21 PM | Show all posts
senangnya lepas
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:21 PM | Show all posts
bole la buat knduri kesyukuran..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 05:55 PM | Show all posts
Updated: Jumaat Januari 11, 2013 MYT 5:07:51 PM

Edar Dadah: Zack (New Boyz) Terselamat Di Tali Gantung


Gambar fail menunjukkan Zack dibawa ke mahkamah oleh polis ketika ditahan sebelum ini akibat tuduhan mengedar dadah.
SHAH ALAM: Pemain bes kumpulan New Boyz iaitu Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Zack, 33, didakwa mengedar dadah kanabis seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada 9.20 malam, 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata tiada keterangan mengenai pemilikan dadah. "Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justeru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan," katanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohamad Adzhar mengemukakan tujuh saksi sementara pembelaan yang diwakili Puan Sri N Saraswathy Devi memanggil seorang saksi.

Zack ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana akhirnya keadilan berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun di reman di Penjara Sungai Buloh, di sini.

Ditanya mengenai hubungannya dengan anggota New Boyz yang lain, beliau berkata rakan-rakannya sering melawat beliau di penjara dan sepanjang berada dalam tahanan beliau sempat mencipta 12 lagu baharu untuk kumpulannya itu. - BERNAMA

Last edited by mixed on 11-1-2013 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 06:00 PM | Show all posts
Lepasni zack boleh wat comeback...ade pemenat ke heolsss ni macam tomok?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 06:03 PM | Show all posts
mixed posted on 11-1-2013 05:55 PM
Updated: Jumaat Januari 11, 2013 MYT 5:07:51 PM

Edar Dadah: Zack (New Boyz) Terselamat Di Tali G ...

lepas ni zack akan semakin femes. caya lah ckp iols
welkam back zack... nanti jgn lupa bukak acc ig tau zack
nanti boleh letak dlm rumah sebelah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh. Pembelaan cuma bawa seorang saksi beb. Mesti pendakwaan byk loopholes, bawa tujuh saksi pun fail juga :-P
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:05 PM | Show all posts
Ayoyo DPP apa sudah jadi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 09:39 PM | Show all posts
Abis la IO nk mjawab... Gambar bahan bukti blh x da pulok...  Mjawablah kau wahai tuan inspektor...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 10:54 PM | Show all posts
new boyz nak buat come back
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:10 PM | Show all posts
Aku baru perasan dia ni
Pernah baca pasal dia dalam majalah hiburan masa kumpulan new boyz tengah top dulu
Wartawan pi amik gamba dia kat umah
Ala2 flet pprt kat KL
Mak dia stail mocit2 flet/kampung lah

Pas tu awek dia mencapub skali pose kat umah tu (rasanya bini dia la ni lah)
Nampak sgt jurang bila tengok gaya awek dia yg moden gila
Gaya ranggi
Cam anak org kaya yg spoilt
Maklum lah.. masa tu zack ni antara yg hot.. jd rebutan budak2 sekolah
setaraf justin bieber

Mak dia komen dia x kisah kalau depa kawin
Cuma dia harap awek zack ni belajar memasak utk kemudahan bila kawin nnti
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 12:03 AM | Show all posts
Senangnya lepasssss... our polis ni something wrong somewhereeeee !!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 12:42 AM | Show all posts
errr..ok,lps ni dia akan muncul balik ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 09:47 AM | Show all posts
aritu mase interview tomok kt suria.. linda onn tanya.. mane dak newboyz yg laen.. tomok jawab.. "semua bekerja sendiri.." aku jawab... "ala.. syuk kan masok penjara..baeknye die.. x gitau..." hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.352748 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list