Post Last Edit by novelloverzz at 12-6-2012 09:04
1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)
Ikan ini termasuk dalam genus anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau. Mereka memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga mereka dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama. Ikan ini sebenarnya hanya memilki 2 buah mata, namun kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, yakni bahagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis. Setiap bahagian mata memiliki pupilnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.
2 Ikan kelelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)
Ikan nie nampak macam pakai lipstik. Ikan nie hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Bile dah dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnye sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.
3 spookfish (ikan hantu)
Ikan ini memiliki wajah yang cukup menyeramkan ..
cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. Hanya menjelaskan tentang barreleye
4 Barreleye Fish – genus Macropinna microstoma (Ikan Kepala Transparent)
Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan nie mempunyai kepala transparent yang cembung dan mempunyai cairan di dalamnye. Pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar. Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal matanye. Kedua titik tu berfungsi sebagai mata. Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan nie seimbang. Die hidup di dasar laut yang cahaya matahari tak mampu menyinari tempat tu.
5 Exocoetidae (Ikan Terbang)
Ikan terbang ditemui di semua laut utama di dunia, terutamanye di perairan tropika, subtropika, lautan Atlantik, Pasifik dan Hindia. Ciri utamanye yang paling menonjol adalah sirip dadanye yang besar, membolehkan ikan nie meluncur terbang di udara, di atas permukaan air dan untuk lari dari pemangsa. Peluncuran ikan nie biasanya sejauh sekitar 50 meter..
6 Pacu Fish (Ikan Bergigi dan Lidah Manusia)
Artikel yang dikeluarkan oleh web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Lubuk Wylie, South Carolina. Baru je melempar kail, seekor ikan makan umpannye dan tersangkut. Frank seronok sangat kerana ikan yang terjerat itu sangat besar. Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough jangkakan ikan tu adalah Ikan Lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa terkejut dan menjerit kerana terasa digigit kuat seperti digigit manusia.
Setelah diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan. Ikan nie mempunyai gigi sama seperti yang dimiliki manusia. Ikan ajaib ini ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.
7 Handfish (Ikan Bertangan)
Ikan nie dilihat sekitar tahun 1990an. Ikan nie nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan. Yang anehnya ikan ini menggunakan ‘tangannya’ iaitu siripnye untuk berjalan. Lokasi ditemui ikan nie di daerah Tasmania, Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle ( sisik yang kasar/bergigi-gigi ) hinggakan die dipanggil ‘Warty Anglers’. Ukurannya sekitar 15cm.
8 Ocean Sunfish (kredit to alphawolf)
Ocean Sunfish atau lebih dikenali dengan mola mola adalah Osteichthyes (ikan bertulang) terberat yang diketahui. Berat rata-rata ikan dewasa sekitar 1 tan. Ikan ini hidup di kawasan beriklim tropika dan berair hangat di seluruh dunia. Ikan ini terdiri dari ekor dan kepala yang panjangnya dapat mencapai tiga kali panjang ekornya. Seluruh tubuhnya benar-benar rata. |