CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4410|Reply: 19

penagih dadah di cina zaman dulu

[Copy link]
Post time 14-6-2012 11:33 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Apa itu abad penghinaan atau bǎinián guóchǐ ? Ianya seabad dimana rakyat China merasakan negara mereka dimalukan oleh kuasa luar seperti British, Perancis dan USA. Ianya bermula setelah Maharaja China meletakkan sistem Kanton. Melalui sistem Kanton pedagang luar tidak boleh berdagang secara terus di China tetapi dihadkan hanya di perlabuhan Kanton ketika musim perdagangan. Diluar musim perdagangan pedagang harus keluar dari China dan mereka berambus ke Macau. Piahk British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)membeli teh dari China dan menukarkannya dengan tahil timah kepada negara China.

Permintaan terhadap teh melonjak di Eropah menyebabkan ketidak seimbangan perdagangan antara China dan British. China pada masa itu tidak banyak mengeksport barangan dari Britain. Kesan daripada trade deficit ini negara Britain kekurangan perak dan ini menrisaukan empayar Britain. Maharaja China menetapkan beliau hanya mahu menerima tahil perak sebagai matawang rasmi dan enggan menerima bayaran dalam bentuk lain. Bayaran dalam bentuk emas pun ditolak baginda.

Pada waktu itu timbul idea geliga dari  SHTI untuk mengeksport candu dari koloni mereka di India kedalam China bagi mengimbangi defisit perdagangan diatas. Bila candu mula dibawa masuk bermulalah masalah ketagihan candu yang kronik dikalangan rakyat China. Lama-kelamaan China terpaksa mengimport candu lebih banyak dari mereka mengeksport daun teh. Ini menyebabkan baginda Maharaja pula risau kerana jumlah perak dalam simpanan negara berkurangan. Bagi menyelamatkan masa depan negara, baginda mengerahkan pemberhentian perdagangan dengan kuasa luar. Baliau juga memaksa pedagang SHTI menyerahkan kesemua stok candu mereka kepada pihak berkuasa untuk dimusnahkan. Baginda cuba menyelamatkan ekonomi negara dan pada waktu yang sama membanteras masalah ketagihan candu yang semakin kronik.

Pjihak SHTI tidak berpuas hati dan melaporkan kejadian ini kepada kerajaan British. Maka bermulalah Perang Candu Pertama yang berakhir dengan kekalahan China pada tahun 1842 selepas 3 tahun bermandi darah.China kemudian bersetuju menanda tangani Perjanjian Nanking yang membenarkan perdagangan candu berterusan, penyerahan Hong Kong kepada British, hak berkuasa kepada British di pelabuhan China serta penetapan tarif yang berat sebelah kepada British. Perjanjian ini juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah dikalangan penduduk China kerana British tidak memberikan apa-apa kembali kepada China keatas hak perdagangan istimewa meraka ini.

Selepas perjanjin Nanking dimeterai masih ada pembesar China yang rasa terhina. Mereka kemudian melanggar syarat berat sebelah yang terpaksa dipersetujui mereka. Ini menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua yang juga berakhir dengan kekalahan China. Pelabuhan Canton dibedil kapal perang Inggeris tanpa belas kasihan dan akhirnya perjanjian baru dimaterai dengan syarat-syarat yang lebih memalukan China. Kali ini Perancis, Russia dan USA turut serta merogol ketuanan Cina di China.

At the end of the China lost it all thanks to the conniving skill of the British DRUG DEALERS. Chinese were humiliated and the world power of that time plundered China of all her wealth

kungfued up history isn't it? ........... Some things never changed it seems because as we see now the French, British and Yanks are still using the military power to subjugate people to theri unfair will!

[size=85%]


[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 11:42 PM | Show all posts
tapi skunk china bangkit semula ..dan x mustahil sejarah berulang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:57 PM | Show all posts
well well greed ppl always end up losing aint  it
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:57 PM | Show all posts
greedy** sorry
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:29 AM | Show all posts
dOrang hisap candu suka  baring mengiring kan??
heaven bebenOr agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 06:22 AM | Show all posts
senjata british yg terbaik....
skrang china dah maju
tapi sayang penyakit lame menular balik.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2012 08:30 AM | Show all posts
ms hisap candu mmg kena berbaring mengiring mcm tu ke? ke diorg x larat nak ddk pun..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 08:40 AM | Show all posts
hisap candu pun bawak kucing..mesti kucing tu tak selesa hidu bau opium~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 08:48 AM | Show all posts
kucin tu gemuk cute...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 09:39 AM | Show all posts
kucen tu pun pelik..
amende la tuan aku isap ni sambil baring2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:11 AM | Show all posts
Reply 2# lonso

bukan skunk, tapi sekarang.     
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:23 AM | Show all posts
dari berbaring hisap candu hinggalah sekarang telan aje pil kuda , estacy dsb..penagihan dadah berevolusi seiring peredaran zaman
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:33 AM | Show all posts
dulu2 mesti takde siapa nak tangkap kan kalau hisap dadah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:45 AM | Show all posts
Reply  lonso

bukan skunk, tapi sekarang.
winamp05 Post at 15-6-2012 10:11



aduh........... kat board nih kene tulis skema gak kerrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 14# lonso

tak de la skema, boleh aje nak guna bahasa pasar. tapi melampau sangat bahasanya yg berubah tu. keh keh keh   cintailah bahasa kita.

kalau dekat board sejarah aku tu lagi aku tak kasik guna yg tak paham butir bicara. hik hik hik     

Sometime forum dan thread kia menjadi bahan rujukan bagi mereka yg mencari sesuatu bahan dari google. so gunakanlah bahasa yg agak normal. thehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:02 PM | Show all posts
Reply  lonso

tak de la skema, boleh aje nak guna bahasa pasar. tapi melampau sangat bahasanya yg ...
winamp05 Post at 15-6-2012 11:51



  rasenye masih boleh difahami tulisan ku .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 12:21 PM | Show all posts
Badan pun dah merangka akibat kecanduan candu yang terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 02:06 PM | Show all posts
kurus kering dok ketagih hisap candu.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 11:48 PM | Show all posts
zaman dulu ke zaman sekarang ke sama je
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 02:07 AM | Show all posts
Saya takut tgk gambar ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.478638 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list